Jumaat, 4 November 2016

AS selar Najib selepas ‘retorik ala-Mahathir’

Bagaimanapun, Washington berkata ia mengalu-alukan usaha menjalinkan hubungan baik dengan China.
najibWASHINGTON: Diplomat Amerika Syarikat ke Asia Timur menganggap kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengkritik Barat baru-baru ini berbunyi seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi berkata tidak ada bukti Malaysia kini lebih cenderung terhadap China.
Beliau merujuk artikel pada Rabu oleh Najib diterbitkan akhbar milik Beijing, China Daily, di mana Najib berkata bekas kuasa penjajah tidak perlu mengajar negara yang pernah diekploitasi mereka.
Komen Najib itu dilihat serangan ke atas Barat di sebalik usaha Najib menjalinkan hubungan rapat dengan China, selepas Jabatan Kehakiman AS pada Julai memfailkan permohonan menyita aset berkait 1MDB.
Ditanya sama ada Malaysia cuba menjalinkan hubungan ketenteraan dengan Beijing selepas Najib bersetuju membeli 4 kapal perang China, Timbalan Setiausaha Negara AS bagi Asia Timur, Daniel Russel, memberitahu:
“Saya membaca apa yang ditulis perdana menteri dalam People’s Daily yang lebih berbunyi seperti bekas perdana menteri Mahathir daripada Perdana Menteri Najib, tetapi OK, mungkin ada keadaan tertentu.
“Pembelian Malaysia daripada China, itu bukan menunjukkan kecenderungan kepada China, ia satu urusan komersil. Semua pihak melakukannya. Tidak masuk akal mengatakan yang negara ketiga bekerjasama dengan China tidak baik untuk kepentingan kita.”
Dr Mahathir terkenal kerana kelantangannya membidas kuasa Barat. Beliau yang pernah menyokong Najib kini menjadi seteru kuat dan mengkritik dasar ekonomi dan pentadbiran yang semakin mesra kepada Barat.

Russel berkata hubungan AS-Malaysia bertambah baik di bawah Presiden Barack Obama, sambil mengambil maklum lawatan Obama ke Malaysia pada 2014 merupakan yang pertama oleh seorang presiden AS dalam tempoh 50 tahun.
Russel berkata Washington mengalu-alukan hubungan baik antara negara Asia Tenggara dengan China, termasuk Filipina yang kini mengalami hubungan merosot dengan AS di bawah presiden barunya, Rodrigo Duterte.
“Kami tidak mahu situasi di mana sesebuah negara perlu memilih antara kami… Hubungan kuat, konstruktif dan produktif dengan China adalah sebahagian daripada strategi kami. Mengapa pula ia tidak menjadi sebahagian strategi jiran China?” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA