Rabu, 9 November 2016

AS akan hilang pengaruh di Asia Tenggara jika gugurkan TPPA

Penganalisis berkata tindakan mansuh TPPA akan mengukuhkan pengaruh China di Asia Tenggara
Hoo Ke PingPETALING JAYA: Kemenangan Donald Trump dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat tidak bererti Perkongsian Trans-Pasifik akan digugurkan.
Penganalisis ekonomi dan politik Prof Hoo Ke Ping berkata Trump tidak mungkin mengugurkan perjanjian itu kerana ia akan mengukuhkan pengaruh China di Asia Tenggara, walaupun bakal presiden itu membantah TPPA dalam kempennya.
Ke Ping menjelaskan negara-negara Asia Tenggara secara keseluruhannya mempunyai 600 juta orang, bersamaan separuh daripada penduduk China dan 30% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) republik itu.
Beliau memberi amaran ketiadaan TTPA akan membolehkan China menggenakan pengaruhnya di rantau ini melalui blok perdagangan tersendiri, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
RCEP ketika ini dianggotai 10 negara Asean, Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.
Menurut Ke Ping, perjanjian tambahan TPPA memuatkan peraturan anti manipulasi matawang, mekanisme yang membolehkan sekatan dikenakan terhadap negara yang menurunkan nilai matawang secara buatan.
“Peraturan anti manipulasi matawang salah satu aspek penting untuk membendung China.
“Oleh itu, TPPa akan melindungi dolar dan eksport AS. Peraturan anti matawang ini dilaraskan ke China.”

Sementara itu Prof Yeah Kim Leng di Universiti Sunway berpendapat masih terlalu awal untuk menyimpulkan masa depan TPPA ketika ini.
Beliau tidak menolak kemungkinan TPPA dimansuhkan lantaran bantahan Trump terhadap perjanjian itu sepanjang kempen.
“TPPA mungkin digugurkan jika beliau tunaikan semua yang dijanjikan dalam kempen…jadi Malaysia mungkin perlu sertai perjanjian perdagangan Asia yang lain.
“Itu akan membantu mengurangkan impak negatif daripada potensi manfaat yang boleh didapati melalui TPPA.”
Kim Leng berkata AS akan dipinggirkan dunia sekiranya Trump menzahirkan pendirian anti-globalisasi, lalu membuka ruang kosong untuk diisi oleh kuasa dunia lain.
“Itu akan mempercepatkan kemunduran pengaruh AS di serata dunia.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA