Khamis, 17 November 2016

Armada PPBM mahu ahlinya isytihar harta selepas pegang jawatan


Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mengusulkan resolusi untuk pemimpin yang dilantik dan dipilih untuk mengisytiharkan harta mereka sebaik sahaja mereka memegang jawatan.
Perkara ini jelaskan Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertujuan bagi memastikan pemimpin muda PPBM tidak menyalahgunakan kedudukan mereka untuk mengumpul harta.
"Tindakan ini wajar untuk membuktikan bahawa Armada tidak akan cenderung dengan budaya rasuah dan salahguna kuasa seperti yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional.
"Pemimpin muda terutamanya harus mengambil langkah ini supaya tidak terjerumus dengan budaya politik wang yang membunuh integriti negara.
"Tindakan ini juga akan memastikan bahawa pemimpin Armadamerupakan pemimpin yang tidak gila wang ringgit atau pun membawa prinsip "Cash Is King"," ujarnya dalam satu kenyataan.
Syed Saddiq menambah politik bukan tempat untuk mengumpul kekayaan tetapi merupakan platform untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
"Jangan sesekali lupa perkara itu," Ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA