Ahad, 20 November 2016

Arahan Tutup: BERSIH minta peniaga tuntut kerugian dari DBKL

Peniaga di sekitar pusat bandar yang didakwa mengalami kerugian akibat perhimpunan BERSIH5 semalam perlu memfailkan tuntutan mereka terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Bendahari BERSIH, Thomas Fann berkata ini kerana peniaga diarah oleh DBKL menutup kedai semasa perhimpunan tersebut, maka pihak berkuasa itu harus disalahkan kerana kerugian berkenaan berbanding peserta BERSIH.
"Mereka diarahkan untuk tutup (kedai) oleh Dewan Bandaraya, jadi DBKL bertanggungjawab untuk kerugian itu.
"Kami menasihatkan peniaga-peniaga untuk membuat tuntutan mereka terhadap DBKL dengan segera," katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.
Fann berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Berita Harian bahawa Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman mendakwa kerugian hampir RM500,000 kerana terpaksa menghentikan operasi mereka semalam.
Arahan DBKL itu dilapor dikeluarkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini semasa perhimpunan yang menyaksikan kira-kira 40,000 penyokong BERSIH dan 4000 Baju Merah membanjiri jalan-jalan di Kuala Lumpur dari Bangsar ke KLCC.

1 ulasan:

  1. Bersih tidakkan menganas tapi merah mungkin. Ini adalah usaha DBKL untuk buruk2kan bersih arahkan peniaga tutup. Tengok yang tak tutup dan berniaga hari tu dapat durian runtuh. Wajib minta tuntutan ganti rugi dari DBKL kerana cuba nak ampu MO1. Bila lagi mereka2 ini akan lenyap dari dunia ini, menyusahkan rakyat. Orang songlap masuk wang keakaun prebadi tak anggap bersalah. Semua isu dalam kes ini bukan fitnah, orang empunya diri mengaku. Jika diluar negara malaysia, skandal ini dah jadi sejarah. MO1 dah pun didapati bersalah dan kini merengkok dalam penjara. Kerana dimalaysia mempunyai dua ekor bandut yang tak buat kerja dengan amanah, MO1 tidak disiasat jauh sekali didakwa. Tiap kali pelapor yang buat aduan mahu pun berbicara berkenaan kes 1MDB, mak yang melapor akan dikenakan tuduhan menghasut, fitnah dan kesalahan OSA. Lanchau pun pegawai, selamatkan seseorang tanpa memikir kesengsaraan takyat. Sepandai2 tupai melompat akhirnya akan jatuh ketanah jua. Ingat kuasa allah hanys yang kekal.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA