Sabtu, 19 November 2016

Apa seterusnya setelah KL 'dikuningkan' hari ini?

Kedua-dua pihak – BERSIH dan Baju Merah – mengaku berjaya dalam perhimpunan masing-masing hari ini.
Bekas pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan mengumumkan lebih 100,000 orang hadir 'menguningkan' ibu kota hari ini

Beliau terpaksa tampil selepas penggantinya Maria Chin Abdullah ditahan polis bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA, yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Di kemuncaknya di KLCC, Malaysiakini menganggarkan kira-kira 40,000 penyokong BERSIH hadir, manakala jumlah Baju Merah pula kira-kira 4,000 orang – 10 kali ganda kurang.

Angka dicapai kedua-dua kumpulan kurang berbanding demo BERSIH4 dan Baju Merah sebelum ini.
Baju Merah ternyata lebih terkesan dengan penangkapan pemimpin utamanya Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang kemudian menyebabkan hanya beberapa ratus orang sahaja penyokongnya tinggal petang ini.

Baju Merah juga menunaikan kurang komitmen berbanding BERSIH apabila mereka dirakam dibekalkan dengan makanan untuk mengisi perut.
Bagaimanapun, BERSIH juga tidak sunyi dengan kritikan selepas berulang kali dibangkitkan berkaitan protes ala-karnival – bersorak sebentar dan kemudian bersurai.

Penganjur sejak awal berkata mereka akan berkumpul di Dataran Maybank di Bangsar dan Masjid Negara sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, hampir sebahagian daripada mereka memilih 'jalan pintas' ke Dataran Merdeka menggunakan LRT ke Masjid Jamek.

Selepas BERSIH mengumumkan perpindahan tempat ke KLCC, hanya beberapa ribu orang memutuskan untuk berarak menuju destinasi di sepanjang Jalan Ampang dari Masjid Jamek.
Jika mereka ada masalah berjalan kaki lebih jauh, apa yang buatkan mereka fikir protes itu boleh menjatuhkan pemimpin yang mereka gelar sebagai korup itu.
Angka perhimpunan juga tidak dapat bertambah lagi selepas angin mendung berarak di udara KLCC. Ketika itu orang sudah mula beredar.

Sementara itu, perhimpunan hari ini juga secara tidak langsung menunjukkan kebolehan parti-parti untuk menggerakkan penyokong mereka.


Tanpa PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) juga masih gagal meramaikan peserta Melayu, meski pun nisbahnya bertambah berbanding BERSIH4.

BERSIH menuntut lima perkara, iaitu pilihan raya bersih, kerajaan bersih, pengukuhan sistem demokrasi berparlimen dan Sabah-Sarawak.
Tetapi selepas seharian di ibu kota, apakah ada sinar untuk Malaysia baru esok?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA