Khamis, 24 November 2016

Apa agaknya yang Maria sedang lalui kini.

Oleh Nashita Md Noor
Saya pernah dengar perkongsian dari Saras PSM pengalamannya ketika ditangkap di bawah akta darurat Emergency Ordinance. Diletakkan di bawah solitary confinement juga di bilik yg kecil samalah seperti Maria.

Saras menceritakan kepada saya ketika kami sama-sama dikurung di dalam lokap Berpusat Shah Alam kerana membantah GST. Lokap tersebut agak besar muat kami berenam orang.
Saras bercerita dia habiskan masa berjalan-dan exercise dalam ruang yang kecil itu.
Ketika saya mendiami Lokap Berpusat Jinjang lokapnya lebih kecil. Cukup muat untuk kami berdua sahaja berbaring. Saya dan Asiah Latif ketika itu. Bosan yang melampau. Tidak tahu masa atau malam siang. Sekali sekala saya akan memanjat dinding menghulurkan kepala utk lihat susana di luar dari lubang tingkap yang kecil.
Waktu solat pun tidak tahu main agak-agak sahaja. Ada satu waktu saya agak sudah masuk waktu Subuh kerana malam terasa begitu panjang. Saya bangun ambil wuduk dan solat. Kemudian sambung tidur. Terjaga bila ada warden lokap masuk baru tahu waktu sebenarnya. Baru jam 6 pagi. Entah jam berapa saya solat subuh.
Banyak kenangan namun tidak dapat disamakan dengan mereka yang diletakkan dibawah solitary confinement.
Saya rasa suami saya Abah Anas Ar Rembawi ada sedikit pengalaman itu.
Di himpunan semalam saya mohon semua untuk luang sedikit masa hantarkan aura yang positif pada Maria.

1 ulasan:

  1. Rosmah padan dak masuk sel besar tu?

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA