Khamis, 3 November 2016

Anwar saran Najib contohi Belanjawan Selangor

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencontohi Belanjawan 2017 Negeri Selangor ekoran kemampuan negeri itu menguruskan ekonomi secara berhemat.
“Perdana Menteri perlu menelusuri Belanjawan Selangor yang mampu mengurus ekonomi secara berhemat, menghargai khidmat penjawat awam dan meneruskan program kepedulian rakyat dalam bidang perumahan, pendidikan dan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Jelasnya, sebaliknya pentadbiran Najib pula bertindak menekan rakyat dengan menaikkan harga bahan api dan minyak masak selepas belanjawan dibentangkan.
Anwar turut menyentuh tindakan terdesak kerajaan menyerahkan kepentingan ekonomi negara kepada China sehingga mengheret ekonomi negara dalam risiko.
“Negara amat terdesak dari segi ekonomi sehingga kelihatan menyerah terlalu banyak kepentingan ekonomi ke negara China. Kita bersetuju dan alukan kesediaan China melabur dan terlibat dalam kegiatan ekonomi negara.
“Tetapi ketergantungan ekonomi Malaysia kepada mana-mana satu negara tidak wajar dan akan menjejaskan kepentingan kebebasan negara dan strategi geo-politik dasar luar negara,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA