Ahad, 20 November 2016

Annuar Musa: Tidak mustahil Umno, PAS bekerjasama

Beliau percaya akan ada titik pertemuan antara dua parti teras Melayu itu.
annuar-musa
KUALA LUMPUR: “Kalau DAP boleh menerima Tun Dr Mahathir, tidak mustahil kemungkinan Umno menerima PAS dan PAS menerima Umno untuk bekerjasama,” kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata ini kerana kedua-dua parti mempunyai asas perjuangan sama, menjunjung cita-cita sama dan lahir daripada ‘DNA’ sama.
“Politik adalah di atas ‘possibilities’, politik adalah satu seni yang berpelbagai kemungkinan.
“Saya percaya antara parti politik (Umno dan Pas) yang menjunjung cita-cita dan dasar perjuangan yang sama, dia tidak bergerak dalam bentuk ‘parallel’ dan saya yakin akan ada satu titik pertemuan (bergabung),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi penceramah Sesi Keempat: Diskusi Politik pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah (K-PAU) 2.0 yang dipengerusikan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Annuar berkata kedua parti mempunyai banyak titik persamaan iaitu perjuangan terhadap agama, selain ingin melihat keamanan, kesejahteraan dan kedudukan Islam pada kedudukan terunggul.
Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Umno untuk tujuan itu.
Beliau berkata mana-mana parti Melayu yang bersekongkol dengan pembangkang sebenarnya berada di bawah telunjuk DAP.
“PKR, Parti Amanah Negara dan terbaharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang berada di bawah DAP tidak mempunyai maruah perjuangan kerana mereka berada di bawah kuasa perjuangan orang lain,” katanya.

5 ulasan:

  1. Dipersilakan pas, jgn malu2...
    Pas jgn jd parti atas pagar...

    BalasPadam
  2. Elok sangat lah tu. Satu pihak geng assobiyyah pura2 nak tegakkan islam. Satu pihak lagi bekas pejuang islam tapi condong kpd assobiyyah

    BalasPadam
  3. Pergilah PAS pergilah tunggu apa lagi kau dan dia satu arah dan satu tujuan

    BalasPadam
  4. Malulah jika PAS bekerjasama dengan UMNO kerana dulu pas mengkafirkan umno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgnlah malu2 kat I.....dulu I kafirkan UMNO/Bn...ttp sekarang I dah sokong kat U walaupun you tu perompak...lanun......dlm mazhab kami....tak per sbb awk org melayu dan islam......ada imuniti....hihihihihi

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA