Ahad, 13 November 2016

Anak muda mesti di barisan hadapan Bersih 5

Nurul Izzah Anwar Nurul Izzah Anwar Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyeru anak muda turun ke himpunan Bersih 5 pada 19 November ini.
Beliau berkata, anak muda juga perlu keluar mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 dan menolak Umno BN.
"Saya percaya rakyat sudah jelek dengan pemerintah yang ada. Justeru, syarat yang ada adalah melalui pilihan raya walaupun kita sedar persempadanan semula menyebabkan kerusi marginal tidak lagi menyebelahi PH.
"Sekarang di Malaysia, ada 5 juta anak muda tidak mendaftar mengundi.
"Bila lagi di barisan hadapan, Tun Mahathir dalam himpunan Bersih 19 November," katanya di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Ahli parlimen Lembah Pantai itu juga berkata, anak-anak muda tidak boleh lagi berdiam diri apabila mereka yang lantang bersuara mengkritik kerajaan yang memerintah ditahan pihak berkuasa.
"Jufazli ditangkap kerana berani memperkatakan krisis air di Sabah.
"Anak-anak muda kita yang pintar dikejar. Hanya sebar risalah baru ucap As'salamualaikum (Ashraf Nazrin) ditangkap.
"Dalam kita melakukan perubahan, kebijaksanaan politik mesti ada, orang buat jahat pada kita, kita tolak tapi tak perlu ulang pada orang lain.
Tarik rambut tepung. Pendekatan kita memandu bukan dipandu, bukan ikut naratif musuh," katanya.
Beliau juga berasa bangga dengan kewujudan Pakatan Harapan walaupun melalui pelbagai ujian.

"Saya mengimpikan Malaysia yang aman tanpa wujud prejudis kaum dan agama. Harmoni dengan sifat toleransi yang tinggi," katanya sebelum memetik buku Gelombang Asia yang ditulis ayahnya, Anwar Ibrahim.
Tegasnya, misi Pakatan Harapan adalah menghapuskan korupsi dan kleptokrasi.
Beliau turut memetik kenyataan intelektual Melayu, Pendeta Zaaba pada tahun 1927 yang mengkritik golongan agama yang tidak benar.
"Kita tidak mahu Pak Haji yang korupsi! Bukan DAP yang cakap. Bukan Amanah yang cakap," kata Izzah menggamatkan dewan IDCC diikuti tepukan gemuruh hadirin.
"Agama itu membawa kebenaran, rahmat sekalian alam. Agama bukan simbol kemarahan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA