Selasa, 22 November 2016

Anak Maria Chin sambung semangat ibu

Tiga anak lelaki Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah menyuarakan rasa tidak wajar apabila pihak berkuasa menahan ibu mereka yang tidak melakukan sebarang kesalahan, bahkan bukan pengganas.
free-mariaAnak sulungnya, Azumin Mohd Yunus, 23, berkata beliau kecewa, pilu dan marah dengan tindakan kerajaan yang menganaiya ibu mereka.

“Ibu kami pejuang, demi sebuah negara hanya untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
“Ibu kami yang tak buat apa-apa kesalahan dan berjuang demi keadilan untuk pilihan raya bersih, jadi kenapa dia perlu ditahan seperti pengganas?
“Bagaimanpun, kami tahu mereka menahan dia hanya untuk mematahkan semangat daripada terus menentang kerajaan, namun kami juga tahu semangat dia tetap ada dan itu yang kami akan terus perjuangkan,” katanya kepada Selangor Kini.
Sementara itu, Anak bongsunya, Azemi Maria Mohd Yunus, 20, berkata mereka tidak mendapat sebarang maklumat tentang keadaan Maria buat masa ini.
“Ketika kali terakhir kami bertemu ibu Sabtu lalu (19 November). Kami hanya dimaklumkan beliau ditahan di jel dengan lampu dipasang 24 jam. Dia tidak diberi bantal selimut dan hanya diberi dua pasang pakaian.
“Memang kami berasa sedih dengar keadaan ibu di sana, namun melihat ramai yang hadir memberikan semangat, sokongan moral dan bersoladiriti, kami lebih berkobar menuntut hak kebebasan ibu kami,” katanya.
Maria ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) di pejabatnya di Petaling Jaya sehari sebelum perhimpunan aman Bersih 5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA