Rabu, 9 November 2016

Amnesty International: Serbuan ke atas Malaysiakini 'penghinaan terhadap kebebasan bersuara'

Gerakan hak asasi manusia global, Amnesty International, mengutuk serbuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ke atas pejabat Malaysiakini semalam.
Ia mendakwa serbuan itu 'tidak wajar' dan satu penghinaan terhadap kebebasan bersuara di Malaysia, dan menurutnya contoh terbaru tindakan keras ke atas media bebas di negara ini.
Pejabat Amnesty International bagi Asia Tenggara dan Pasifik, dalam satu kenyataan hari ini, menganggapnya sebagai gangguan terhadap wartawan yang telah disasarkan semata-mata kerana secara aman menjalankan tugas mereka, iaitu melaporkan berita.
Sepasukan enam anggota SKMM merampas dua komputer dalam serbuan itu yang menurutnya untuk siasatan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA).
Ia adalah sebahagian daripada siasatan SKMM berhubung dua laporan berita video yang dimuat naik oleh Kinitv, iaitu anak syarikat Malaysiakini.
Laporan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu itu berkisar mengenai sidang media yang diadakan oleh bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Dalam sidang media itu, Khairuddin membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dan menuntutnya meletak jawatan kerana didakwanya enggan membuat pendakwaan dalam kes 1MDB.
Sebelum ini, SKMM mengarahkan Kinitv mengeluarkan laporan berkenaan kerana didakwa melanggar Akta Multimedia dan Komunikasi.
Menurut SKMM, video tersebut melanggar Seksyen 233 akta berkenaan iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Kinitv kemudian bertindak memadamkan perkataan 'haprak' yang digunakan oleh Khairuddin untuk menggambarkan AG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA