Sabtu, 19 November 2016

Ambiga: Tidak adil Maria ditahan mengikut Sosma

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Bersih, S Ambiga membantah penahanan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Bantahan itu disuarakannya dalam himpunan Bersih 5.0 di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC), di sini, hari ini.
Ambiga: Tidak adil Maria ditahan mengikut Sosma Menurutnya, penahanan beliau (Maria) mengikut Sosma adalah tidak wajar.
"Adilkah perkara ini? Bolehkah kita terima situasi seperti ini?
"Hari ini, kita akan buat apa sahaja dan yakin bahawa dia (Maria) akan bebas nanti! ," katanya.
Beliau menjelaskan, Bersih perjuangkan kebenaran dan beliau sendiri tidak faham mengapa mereka (kerajaan) takut sangat dengan Bersih.
Jelasnya, mengapa kerajaan menyorokkan kebenaran!
"Adakah perjuangan kita semua ini palsu? Tidak.. perjuangan kita adalah benar.
"Ada kumpulan cuba 'lumpuhkan' Bersih, tapi gagal. Siapa yang berjaya? Bersih berjaya...kerana semangat kita semua di sini," tegasnya.
Perhimpunan berkenaan berakhir kira-kira jam 6 petang tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA