Khamis, 17 November 2016

Amaran pelajar sertai Bersih, Universiti Monash mohon maaf

Universiti itu berkata maksud dalam pesanan pihak pengurusan ialah pelajar perlu sedar kesan daripada penyertaan mereka dalam perhimpunan haram.
monash1KUALA LUMPUR: Universiti Monash hari ini mengeluarkan “permohonan maaf tanpa syarat” kerana kenyataan yang digunakan dalam notis dikeluarkan kepada pelajarnya baru-baru ini berkaitan perhimpunan Bersih 5.
Katanya, niat pesanan itu tidak disampaikan dengan sempurna, yang sebenarnya mahu mengingatkan pelajar iaitu menyertai perhimpunan haram menyalahi undang-undang di Malaysia.
“Pelajar perlu sedar akibat melakukan aktiviti melanggar undang-undang. Pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti seumpama itu boleh dikenakan pendakwaan jenayah oleh pihak berkuasa Malaysia.
“Oleh itu, pelajar perlu mempertimbangkan sewajarnya penyertaan mereka dalam acara seumpama itu,” kata kenyataan itu hari ini.
Amaran Monash kepada pelajarnya yang mereka boleh dihukum jika didapati menyertai perhimpunan haram, mengejutkan ramai pihak termasuk Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen.

Eric berkata amat “mengejutkan” untuk universiti swasta mengambil pendirian tegas seperti universiti awam.
Bagaimanapun, Monash bertindak mengikut haknya kerana dalam perlembagaan institusi pengajian tinggi swasta terkandung larangan pelajar menyertai mana-mana persatuan, kesatuan, organisasi, badan atau kumpulan, kecuali yang dibenarkan Pendaftar Am, sama ada ia ditubuhkan mengikut undang-undang dan sama ada ia di dalam atau luar Malaysia.
Universiti itu kemudian mengeluarkan satu lagi notis yang mengingatkan pelajarnya untuk mematuhi undang-undang.
“Kami percaya pelajar kami akan berdemonstrasi dengan matang, bertanggungjawab dan integriti,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA