Selasa, 8 November 2016

Amanah tidak terlibat demo bantah Pas sertai pakatan pembangkang


Amanah tidak ada kaitan dengan demo bagi membantah Pas menyertai pakatan pembangkang.Amanah tidak ada kaitan dengan demo bagi membantah Pas menyertai pakatan pembangkang.
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menafikan terlibat dalam satu demonstrasi membantah kemasukan Pas ke dalam pakatan pembangkang yang akan diadakan sempena Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu ini.
Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir berkata, beliau ditanya berkenaan satu himpunan oleh kumpulan yang didakwa daripada NGO pro PH di IDCC.
Anuar TahirAnuar Tahir"Saya tidak tahu menahu berhubung perkara itu dan pihak Amanah tiada kaitan sama-sekali dengan himpunan tersebut," kata beliau dalam satu kenyataan ringkas.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, para penyokong Pakatan Harapan di jemput untuk menyertai demonstrasi aman membantah kemasukan atau penyertaan Pas ke dalam pakatan pembangkang.
Menurut kenyataan itu, ia akan didakan jam 7.45 pagi menjelang konvensyen itu di Ideal Convention Centre (IDCC) shah Alam, Selangor.
Notis yang dikeluarkan oleh Rozita bt Harun bagi pihak Sekretariat NGO Pro PH itu meminta semua yang hadir memakai baju NGO masing-masing.
Wartawan dijemput untuk membuat liputan demo itu.
"Jangan ada pihak cuba menangguk di air keruh," kata Anuar ketika mengulas notis itu.
Pakatan Harapan yang terdiri dari PKR, DAP dan Amanah akan membuat kenvensyen pertamanya 12 November ini dengan menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu menyertai konvensyen itu.
Pada sebelah paginya, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka turut berucap manakala sebelah petangnya Tan Sri Muhyidin Yasin bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu dijangka akan menandatangani deklarasi bersama.
BANTAH PAS

Sementara itu, seorang pemimpin NGO Pro Pakatan Harapan berkata, tindakan mereka tidak dibincangkan dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan apatah lagi Amanah.
"Kami bertindak atas dasar kesayangan kami kepada Pakatan termasuk Amanah yang selama ini kesal dengan pengkhianatan yang dibuat oleh sesetengah pemimpin Pas yang ada sehingga terkuburnya Pakatan Rakyat.
"Kami tidak mahu Pakatan menerima Pas kembali kerana kami yakin sekali lagi Pas akan memecahkan Pakatan kerana kecenderungannya kepada Umno," kata beliau yang tidak mahu namanya disiarkan.
Beliau menegas perhimpunan membantah Pas masuk pakatan pembangkang itu akan diteruskan dan "Kami akan menentang mana-mana parti yang cuba membawa masuk Pas."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA