Selasa, 22 November 2016

Amanah Kubang Kerian anggap Baihaqi hero rakyat walaupun berbeza parti

Baihaqi menyertai perhimpunan aman Bersih 5 19 November lalu Baihaqi menyertai perhimpunan aman Bersih 5 19 November lalu
Amanah Kubang Kerian melahirkan rasa syukur kerana ahli parlimen kawasan itu, Baihaqi Atiqulllah belum 'hilang rasa' kepada keperitan hidup yang dideritai rakyat dengan bersama di perhimpunan aman Bersih 5 sabtu lalu.
"Beliau sepatutnya dinobatkan sebagai hero rakyat marhaen dan bukannya dilabel dengan gelaran buruk oleh golongan tertentu," kata Ketua Amanah Kawasan Kubang Kerian, Fauzi Mohamad ketika ditemui Malaysia Dateline malam tadi.
Walaupun berbeza parti katanya, semua pihak perlu besama dalam menghadapi penyelewengan dan penindasan terhadap rakyat.
"Kini percubaan memanipulasi pilihan raya sekali lagi cuba dibuat dengan terang-terangan selalu cadangan persempadanan baru pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Rakyat pula ditekan dengan kenaikan harga barangan keperluan asas yang amat menekan golongan rakyat terbanyak," katanya.
Kehadiran Baihaqi ke Bersih 5 katanya, memberi kelegaan kepada pengundi-pengundinya dulu bahawa beliau masih sanggup berjuang untuk rakyat dan bukan sekadar menjadi pak sanggup kepada kumpulan yang kini dilihat penjilat rejim rakus Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya usaha kumpulan golongan tertentu yang merangka pelbagai ikhtiar bagi menggagalkan Bersih 5, akhirnya memberi kefahaman kepada rakyat tentang siapa sebenar mereka.
"Mereka mahu buktikan mereka sedia lari dari bela rakyat tertindas demi untuk mendapat pujian dan habuan dari penguasa zalim.

"Ada pemimpin tertentu buat program bersih longkang, yang lain pula buat pertandingan bola jaring di hari rakyat marhaen seluruh negara berhimpun untuk suarakan rintihan kepada penguasa yang menindas," katanya.
Tapi katanya, penduduk Kubang Kerian merasa bangga kerana pemimpin yang mereka pilih masih belum beku hati dan perasaan terhadap derita rakyat.
"Insya Allah kita akan buat program khas untuk menghargai wakil rakyat kami yang jelas sanggup berkorban demi kesejahteraan rakyat," katanya.
Menurutnya, semangat kebangkitan rakyat Bersih 5 tidak berakhir 19 November.
"Kita akan bawa Bersih 5 turun ke akar umbi untuk diterjemah ke peti undi supaya perubahan kepada sebuah pentadibiran baru Malaysia yang adil dan bersih benar-benar menjadi kenyataan," katanya.

2 ulasan:

  1. Jika tidak krn larangan malu malu kucing, lebih ramai ahli pas telah sertai bersih kerana islam menyuruh menegak kebenaran dan menolak pemimpin yg tidak amanah.

    BalasPadam
  2. Ada yg masih tak tahu nak beza berjuang utk rakyat dgn berjuang utk serban?

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA