Khamis, 10 November 2016

Amanah akan tubuh Hisbah jika menang di Kelantan


Kelantan akan tubuhkan Hisbah di Kelantan jika Amanah menang dalam PRU-14.Kelantan akan tubuhkan Hisbah di Kelantan jika Amanah menang dalam PRU-14.
Amanah akan menubuhkan badan Hisbah melalui satu enakmen dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan jika diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri itu selepas pilihan raya umum ke 14 nanti.
Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, badan ini akan mempunyai kuasa yang lebih besar dari menteri besar dalam melaksanakan tugasnya.
"Badan ini juga perlu ada akauntan sendiri yang bertugas sepenuh masa di samping pegawai penyiasat sepenuh masa untuk menyiasat segala aduan salah laku pemimpin, pegawai dan kakitangan kerajaan," kata Husam dalam sessi dialognya kelmarin.
Husam memberikan contoh penyelewengan yang berlaku dalam anak syarikat kerajaan negeri, KPK Sdn Bhd, yang merupakan satu kesalahan jenayah yang perlu di ambil tindakan segera.
"Misalnya kes KPK. Lembaga dia membuat keputusan, semua pengambilan balak hendaklah dibuat oleh anak syarikat KPK sendiri yang KPK kuasai sekurang-kurangnya 30% saham.
"Tetapi bila dilaksanakan, ia tidak begitu. 30% hak KPK tidak ada. Ini mungkin satu kesalahan jenayah dan perlu diambil tindakan melalui satu siasatan," kata Husam ketika menjawab soalan dari orang ramai.
Bagi mengelakkan perkara sebegini berulang, katanya, apabila memerintah nanti, kerajaan Amanah perlu antaranya mewajibkan pemimpin negeri mengisytiharkan harta masing-masing.
"Kita juga kena tubuhkan Hisbah melalui satu enakmen dalam kerajaan negeri supaya pemimpin dan pegawai negeri tidak menyeleweng.

"Bila kita takut hendak seleweng, maka hasil kerajaan negeri akan lebih tinggi," kata Husam.
Bagi beliau, tujuan kerajaan Islam adalah untuk menolong rakyatnya khasnya yang berada dalam kesusahan.
"Tujuan Islam memerintah adalah untuk menambahkan hasil negeri untuk tolong rakyat yang susah. Jika hasil kita sikit, bocor di sana sini, bagaimana kita nak tolong rakyat," kata Husam.
Pas pernah menubuhkan badan Hisbah di Terengganu apabila mentadbir negeri itu selepas pilihan raya umum 1999.
Namun kerajaan negeri itu hanya bertahan satu penggal sahaja apabila kalah teruk dalam pilihan raya umum 2004.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA