Sabtu, 26 November 2016

Aktiviti politik dibiayai dana asing tindakan bahaya, kata menteri Umno...Najib terima dana politik 2.6B boleh aje..??

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata lebih jahat dan bahaya jika ia dana daripada hartawan George Soros yang agendanya untuk campur tangan dalam hal ehwal politik negara.
salleh-funding-1
BANDAR SERI BEGAWAN: Membenarkan organisasi asing membiayai aktiviti “politik” pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia sesuatu yang tidak boleh diterima langsung, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata ini sama seperti memberikan kebebasan kepada negara asing untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka di Malaysia yang merupakan sebuah negara berdaulat.
Membenarkan perbuatan seumpama itu lebih jahat dan bahaya jika ia melibatkan dana daripada hartawan George Soros yang agendanya adalah untuk campur tangan dalam hal ehwal politik negara, katanya.
“Kita tidak mahu organisasi asing mempergunakan NGO tempatan sebagai platform untuk menjayakan agenda politik mereka, iaitu untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi menerusi perhimpunan atau demonstrasi,” katanya.
Salleh berkata demikian ketika ditemui pada akhir Mesyuarat Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat ASEAN (TELMIN) ke-16 di sini, hari ini.
Beliau berkata dengan penyertaan atau penglibatan beberapa pemimpin pembangkang dalam perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur baru-baru ini, adalah jelas gerakan itu yang kononnya mahu memperjuangkan pembaharuan pilihan raya, mempunyai agenda politik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA