Isnin, 21 November 2016

Akar umbi Umno bimbang Najib ‘jual negara’ pada China

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia berkata presiden Umno perlu menjadikan perhimpunan agung parti sebagai tempat menangkis segala tohmahan termasuk berhubung lawatan ke China.
Tan-Sri-Abdul-Rahman-Sulaiman
PETALING JAYA: Veteran Umno mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan berhubung tujuan sebenar lawatan ke China, pada perhimpunan agung parti hujung November ini.
Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman berkata Najib yang juga presiden parti perlu mengutamakan agenda itu kerana wujudnya kekeliruan dalam kalangan pemimpin akar umbi parti kononnya perdana menteri ingin menjual negara kepada China.
“Perkara yang perlu ditekankan presiden Umno pada Persidangan Agung Umno (PAU) 2016 ialah tentang rasionalisasi ke China sebab ramai akar umbi salah faham berhubung perkara itu malah ada yang bimbang dengan lawatan itu.
“Kita kena menerima hakikat China akan menjadi negara yang mempunyai kuasa ekonomi kuat suatu hari nanti mengatasi Amerika Syarikat, jadi kita patut mengambil peluang menjadi rakan perniagaan China,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini Najib mengadakan lawatan serta menandatangani beberapa perjanjian dengan kerajaan China dalam usaha membentuk pelaburan langsung asing (FDI) bagi pertumbuhan ekonomi negara.
Najib sebelum ini berkata rakyat asing yang melabur di Malaysia tidak boleh membawa balik infrastruktur yang dibina di sini ke negara asal mereka.
“Bagi mereka yang menuduh kerajaan menjual Malaysia kepada China, ia tidak masuk akal langsung, mungkin disebabkan cemburu atau didorong perasaan iri hati,” katanya.
Rahman berkata Najib juga perlu memberi penekanan mengenai kerjasama Umno dengan rakan komponen dalam Barisan Nasional (BN).
“Presiden kena beri penjelasan mengenai salah faham bukan Islam yang kononnya Umno lebih kepada bangsa Melayu, terutamanya melalui rakan dalam komponen BN.
“Penjelasan itu perlu bagi memastikan mereka (bukan Islam) tidak termakan propaganda pembangkang yang akhirnya menuju kehancuran,” katanya.
Sementara itu, Presiden Mubarak Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata Najib perlu menangkis segala tohmahan dilemparkan bekas pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sekali gus meyakinkan kembali ahli parti yang semakin berpecah.

“Presiden Umno perlu menguatkan kembali akar Umno dalam PAU nanti supaya ahli sentiasa bersedia menentang musuh terutama pembangkang termasuk bekas pemimpin Umno tidak kira Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, apatah lagi apabila Umno kini berpecah belah.
“Menerusi penubuhan parti baharu, perpecahan orang Umno dalam politik amat ketara ditambah pula dengan terbentuknya pakatan pembangkang baharu,” katanya.
Perhimpunan Agung Umno 2016 akan berlangsung pada 29 November hingga 3 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dengan program taklimat presiden dan diikuti majlis perasmian pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

3 ulasan:

  1. Umno BN dlm proses nak menjual ape yg boleh....akan ushakan ape yg tak boleh.... kita lihat berapa byk sudah projek pembangunan yg di usha...yg di buat oleh contrektor dr chaina...sekitar KLCC jee dh byk.... lg 30 thn kita akan dpt berita bangunan runtoh....mcm apa yg dh byk terjadi di negara chaina... byk perjanjian dh di buat...15 perjanjian besar.... jk malaysia tergadai pon aq tak terkejut...... sbb sekalian ahli dan para pemimpin umno setuju....malah mereka semua mengalu alukan kemasukkan para pekerja dr chaina seberapa byk.

    BalasPadam
  2. Bimbang sahaja tiada guna. Mesti ambil tindakan pembetulan

    BalasPadam
  3. Berani kah perwakilan menyoal presiden ttg perkara tersebut? Adakah soalan2 sensitif ttg hubungan dgn komunis China akan diharamkan

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA