Selasa, 22 November 2016

Ahli Parlimen Pembangkang berarak ke Bukit Aman tuntut bebaskan Maria Chin

Kira-kira 20 ahli Parlimen pembangkang membawa sepanduk menuntut hak mereka untuk menyuarakan pendapat pada persidangan Dewan Rakyat tanpa ancaman ditangkap.
Muhyiddin-Bebas-Maria
KUALA LUMPUR: Seramai 20 Ahli Parlimen pembangkang hari ini memutuskan untuk menyuarakan bantahan terhadap penangkapan ahli-ahli Parlimen kepada ketua polis negara.
Ia susulan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara selama 36 bulan kepada Ahli Parlimen Panda Rafizi Ramli pada minggu lepas.
Terdapat 4 ahli Parlimen juga ditahan sebelum dan selepas perhimpunan Bersih 5 yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Mereka adalah Anthony Loke (Seremban) dan Jimmy Wong (ahli Parlimen Kota Kinabalu) ditahan pada Jumaat, manakala Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) ditahan pada malam Sabtu.
Diketuai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mereka berjalan kira-kira 1km ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, membawa sepanduk yang antara lain menuntut pembebasan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan menamatkan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas ) 2012, atau Sosma terhadap pemberi maklumat.
Turut serta dalam pasukan itu ialah bekas timbalan perdana menteri dan Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ahli DAP, Lim Kit Siang. Pemimpin PAS tunggal yang menyertai mereka adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Ini merupakan kali kedua ahli Parlimen pembangkang mengadakan perarakan ke Bukit Aman, April lalu dengan melibatkan kira-kira 50 ahli Parlimen bagi membantah penahanan Rafizi.

Isnin lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas setiausaha agung PKR itu kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972, apabila beliau mendedahkan petikan laporan audit mengenai penyalahgunaan dana daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera dalam skandal  1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Rafizi ditahan pada 5 April lalu di bangunan Parlimen, sebelum didakwa 3 hari kemudian memiliki tanpa kebenaran muka surat 98 daripada laporan audit 1MDB.
Mahkamah, bagaimanapun, membenarkan permohonan Rafizi untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA