Rabu, 23 November 2016

Ahli Parlimen DAP gesa speaker kaji semula keputusan kenyataan ‘Kok’

Gesaan beliau menyebabkan perang mulut berlaku di antara ahli Parlimen Puchong dan Tajuddin Abdul Rahman.
gobindKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang Gobind Singh Deo meminta Speaker Dewan Rakyat mengkaji semula keputusan berhubung kenyataan “Kok” yang dikeluarkan Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Ini susulan kenyataan Tajuddin yang menyifatkan Teresa Kok (DAP-Seputeh) sebagai “satu-satunya wanita dengan Kok” di Dewan Rakyat pada 21 November.
Gobind (DAP-Puchong) memetik Peraturan Mesyuarat 90 yang membolehkan speaker menggantung perintah tetap sebelumnya.
“Saya meminta timbalan speaker menggunakan kuasa menggantung Peraturan Mesyuarat sebelum ini untuk mengkaji perkara itu,” katanya kepada Timbalan
Speaker Datuk Ronald Kiandee, yang mempengerusikan mesyuarat.
Kiandee memberitahu Gobind agar mengemukakan usul jika beliau tidak berpuas hati dengan keputusan asal.
Bagaimanapun, Gobind berkata adalah sia-sia mengemukakan usul kerana ia jarang dikaji semula.
Ini menyebabkan lawan mulut antara Tajuddin dan Gobind.
Gobind memberitahu Tajuddin: “Kamu adalah contoh teruk yang tidak sepatutnya berada di dalam Dewan.
“Anda adalah seorang menteri memalukan.”
Tajuddin, yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asastani, menjawab dengan mengatakan Gobind memanipulasi sistem.
“Anda putar belit perkara itu dan mengulang perkara yang sama,” kata Tajuddin, merujuk kepada kenyataan “Kok” beliau.
Sebelum itu, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berkata beliau berharap Tajuddin menarik balik kenyataannya.

“Ia satu penghinaan kerana mengejek nama keluarga seseorang. (Tajuddin)
Kenyataan beliau adalah seksis dan satu penghinaan kepada wanita.
“Jika kami menghina seorang lelaki, itu lain cerita, tetapi ini (kenyataan) adalah kepada seorang wanita.”
Lim juga meminta Kiandee mengkaji semula keputusan awal itu.
“Saya bersetuju anda membuat keputusan mengenai perkara itu, yang mana speaker sahkan.
“Tetapi saya merayu anda menyemak keputusan awal itu supaya Tajuddin boleh menarik balik kenyataannya,” kata Lim.
Kiandee memutuskan Tajuddin tidak perlu menarik balik atau meminta maaf kerana kenyataan itu adalah merujuk kepada nama keluarga Teresa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA