Selasa, 1 November 2016

Adun BN Selangor bangkitkan isu Raja Berpelembagaan


Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mempersoalkan sejauhmana pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Harapan dan Pas mempertahankan institusi DiRaja di negeri itu.
Penyelaras Adun Selongor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan ketika membahaskan Bajet Selangor 2017 hari ini menekankan bahawa kerajaan negeri sebelum ini pernah  berikrar untuk mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan.
Namun ia bercanggah dengan pendirian politik Pakatan Harapan dan Pas yang memerintah di negeri itu dengan perlembagaan parti DAP sendiri.
"Matlamat menubuhkan konsep demokrasi yang berlandaskan nilai demokrasi sosial di Malaysia menerusi perjuangan Parlimen berperlembagaan.
"Maknanya nak tukar Raja Berpelembagaan kepada Parlimen Berpelembagaan. Nak buang institusi Raja," ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam Mesyuarat Ketiga (Bajet 2017) Penggal Empat Dun Selangor ke-13 hari ini.
Mat Nadzari yang juga Adun Batang Kali berkata, BN terbukti mendukung dan menjunjung institusi Raja malah bertanggungjawab sepenuhnya membina Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri serta memastikan fungsi institusi Raja dimasukkan serta dimemartabatkan.
"Ikrar memang senang dibuat, tetapi harus dibuktikan dengan tindakan. Kami BN telah buktikan dengan 'track record' sebenar sejak 60 tahun yang lalu.
"Apakah nasib institusi di Raja di bawah pakatan pembangkang?" soalnya.

Justeru katanya, tindakan Adun BN kekal duduk dan mendengar isi kandungan ucapan Bajet Selangor yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam, kerana menghormati Dewan Negeri dan menghormati mandat yang diberi oleh rakyat yang mewakilkan mereka di Dewan Negeri.
Mat Nazari berkata demikian ketika memulakan perbahasannya berkaitan Bajet Selangor 2017.
Sebelum itu beliau  mewakili Adun BN  sembah taniah kepada Sultan Selangor Sultan Sarafudin  kerana selamat diijabkabulkan dengan Tengku Permaisuri Selangor Norashikin.
Dan tidak ketinggalan sembah taniah kepada Tengku Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sarafuddin Idris atas permahsyuran gelaran Raja Muda Selangor ke 7 yang mewarisi takhta keSultanan Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA