Rabu, 30 November 2016

Adenan Satem silap percaya janji Najib, kata presiden STAR

Presiden STAR menegaskan hanya dengan pemulihan Perlembagaan menjadi jalan untuk menuntut semula hak Sarawak sebagaimana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.
lina-adenan-1
KUCHING: Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Lina Soo melahirkan rasa tidak percaya atas jaminan rundingan untuk memulihkan status Sarawak sebagai rakan kongsi yang saksama boleh dicapai tanpa pembaharuan undang-undang dan pindaan Perlembagaan utama.
Beliau memberitahu FMT, ia adalah satu kesilapan bagi Ketua Menteri Datuk Seri Adenan Satem untuk menggugurkan usul menuntut semula hak Sarawak, berdasarkan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang Putrajaya bersedia untuk berbincang.
“Saya amat kecewa dengan kegagalan pemimpin Sarawak untuk mengambil pendirian tegas mengenai hak-hak Sarawak, seperti termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963.
“Ia adalah kegagalan utama kerana tidak meneruskan usul meminda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan,” kata Soo.
Pasal 1(2) Perlembagaan Persekutuan, dipinda pada 1976, mengurangkan status Sabah dan Sarawak daripada rakan serantau sama kepada negeri bersekutu.
Usul yang mungkin mendapat sokongan sebulat suara daripada semua pihak, menggesa Putrajaya melihat semula hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1963 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold 1962.
“Ini adalah satu isu Perlembagaan yang memerlukan penyelesaian Perlembagaan. Dan itu hanya boleh dicapai dengan sokongan penuh semua ahli Parlimen dan kerajaan Sarawak, yang merupakan salah satu daripada 5 penandatangan Perjanjian Malaysia.
“Pusingan U Adenan adalah muslihat politik semata-mata,” kata Soo. Lima penandatangan adalah kerajaan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan United Kingdom.
Soo berkata menangani isu ketidakpatuhan dengan perjanjian antarabangsa dengan betul seperti MA63, memerlukan tindakan negeri.
“Apabila ia dilakukan melalui badan perundangan, usul itu menjadi satu isu yang tidak boleh diadili, maknanya tiada mahkamah boleh mengadili perkara itu.
“Adenan gagal melakukan apa yang perlu beliau lakukan, iaitu untuk membentangkan usul dalam dewan.”

Soo juga mengulas mengenai komen Adenan pada perhimpunan Sarawak hari ini yang “diplomasi adalah lebih baik daripada konfrontasi”.
“Tidak ada cara diplomatik atau konfrontasi untuk menuntut hak kita. Hanya ada satu cara yang betul – mengembalikan Perlembagaan.
“Ia akan diselesaikan dan kita boleh mulakan dengan memformalkannya dalam Dewan Undangan Negeri kami. Sebarang percubaan menghalang cara Perlembagaan ini hanya menafikan hak rakyat kami, seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia,” kata Soo.
Pindaan Perlembagaan perlu disokong super-majoriti, atau 2/3 daripada ahli Parlimen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA