Khamis, 3 November 2016

Adakah Pandikar akan mohon maaf arah ahli parlimen keluar dewan?

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu sidang media Khamis lalu di Parlimen bahawa, “In the British House of Commons, no MP has ever walked out during the tabling of a budget, never”.
Namun dengan carian mudah di google, tanpa memerlukan pasukan penyelidik dan setiausaha seperti yang dimiliki Pandikar, kita boleh temui bahawa pada pembentangan belanjawan kedua pentadbiran Margaret Thatcher dalam tahun 1981, ramai anggota parlimen daripada parti konservatifnya sendiri meninggalkan sidang ketika Chancellor of the Exchequer (Menteri Kewangan) Geoffrey Howe membentangkan belanjawan.
Adakah Pandikar akan memohon maaf kepada ahli-ahli parlimen pembangkang yang meninggalkan dewan ketika ucapan belanjawan 2017 oleh Datuk Seri Najib Razak setelah diminta keluar oleh Pandikar, atau adakah beliau akan menuduh saya mempersendakan Speaker di luar Parlimen?
Pandikar juga menyebut dalam sidang media yang sama, “We always say we are a democratic country so we should emulate how other democratic countries, how the House of Commons operate. We like to quote that, but we don’t act like the lawmakers we refer to”.
Di Malaysia, Speaker Dewan Rakyat bukanlah seorang wakil rakyat yang dilantik melalui pilihanraya umum. Ini adalah satu keanehan paling besar dalam sebuah sistem demokratik. Tidak ada tempat lain di dunia, terutamanya di UK, Australia, Kanada, New Zealand yang menjadi contoh sistem parlimen Westminster, yang membolehkan seorang yang tidak dilantik melalui pilihanraya untuk menjadi Speaker.

Dahulu kita pernah melantik ahli parlimen untuk menjadi Speaker, sehinggalah Perlembagaan Persekutuan dipinda pada tahun 1964. Adakah Pandikar akan mengiktiraf kejanggalan sistem ini dan meletakkan jawatan sebagai Speaker yang dilantik, untuk memberi laluan kepada seorang ahli parlimen demi mengotakan kata-katanya untuk mencontohi bagaimana dewan perwakilan negara-negara demokratik beroperasi?
Dan sebagai Speaker yang nampaknya mahu mencontohi amalan terbaik parlimen UK, adakah Pandikar akan meminta tuan politiknya, Najib Razak, untuk membenarkan ahli parlimen pembangkang mempengerusikan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, yang merupakan amalan House of Commons UK dan juga hampir semua negara demokratik? Atau adakah Pandikar hanya akan terus menjadi Speaker lantikan BN yang ‘cakap tak serupa bikin’ dan hanya mampu sembang kencang, tapi habuk pun tak ada?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA