Jumaat, 18 November 2016

Adakah kuasa IGP lebih tinggi daripada kuasa Mahkamah Tinggi ??!!

Nampaknya puok2 UMNgOK yg cuba nak menggagalkan usaha perhimpunan #BERSIH5.0 temui kegagalan setelah Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan mereka untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu ini.

Mahkamah Tinggi hari ini juga menegaskan bahawa pihak polis secara sah terikat untuk memastikan pergerakan Baju Merah yang bergerak di lokasi yang berbeza untuk tidak bertembung dengan penyokong Bersih 5.0 nanti.

Hakim Nanthan Balan dalam membacakan keputusannya menolak permohonan injunksi bagi menghalang Bersih 5.0 untuk membuat perarakan perhimpunan yang diadakan di ibu kota juga berkata, Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman menyatakan bahawa pihak polis mesti mengarahkan mana-mana pergerakan perhimpunan jika mereka tahu pertembungan itu bakal berlaku.

TETAPI IGP KHALID pula kata Perhimpunan Bersih 5.0 itu sebagai HARAM..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA