Ahad, 20 November 2016

Adakah Dr Mahathir, Muhyiddin memperkudakan Bersih?

Jika Dr Mahathir dan Muhyiddin bersetuju dengan perjuangan asal Bersih untuk pilihan raya yang bersih, mengapa mereka berdua tidak memperjuangkannya ketika berada dalam BN?
mahathir_muhyiddin_bersih_600
Perhimpunan November 19 sudah tamat. Melihat Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai Bersih 5 umpama melihat serigala berpengalaman Hillary Clinton berkempen melawan Donald Trump yang tidak dapat dihuraikan menggunakan kata-kata.
Hillary menyerang Trump dari segala arah, terutamanya kata-kata menghinanya, polisinya, kelakuannya sehingga gaya hidupnya. Di dalam kempen Hillary, Trump digambarkan sejahat-jahatnya, dan masa depan Amerika dipersepsikan akan menjadi neraka jika Trump menjadi presiden Amerika Syarikat.
Manakala Trump pula tidak mempunyai banyak senjata terhadap Hillary. Meskipun sedikit, serangannya terhadap Hillary sangat mudah dan terbukti berkesan.
“Semua polisi yang kamu cadangkan (jika Hillary menjadi presiden), mengapa kamu tak buat sewaktu 30 tahun kamu di politik. Percayalah saya, dulu dia tak buat, apabila dia mendapat kuasa, dia tetap tak akan buat. Dia hanya cakap,” begitulah serangan Trump terhadap Hillary ketika debat dan kempennya.
Kata-kata Trump ini sangat berkesan dalam situasi Dr Mahathir mahupun Tan Sri Muhyiddin Yassin mendampingi Bersih.
Apakah Dr Mahathir dan Muhyiddin bersetuju dengan perjuangan asal Bersih untuk pilihan raya yang bersih? Jika begitu, mengapa Dr Mahathir dan Muhyiddin tidak memperjuangkannya ketika dalam BN? Apakah Dr Mahathir dan Muhyiddin sedang memperkudakan Bersih?
Bagaimanakah Bersih boleh menerima kehadiran mereka yang berperanan menyebabkan pilihan raya di Malaysia ini tidak bersih? Apakah Bersih sudah lupa matlamat mereka?
Begitulah bunyi soalan-soalan ala Trump yang bakal diajukan terhadap Bersih dan Dr Mahathir yang susah dijawab.
Jika mereka memilih untuk menjadikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai jawapan, mereka terpaksa pula berdepan soalan-soalan ala Trump yang selanjutnya seperti:
“Siapa yang nak sangat memilih Najib menjadi PM? Apakah jaminan pilihan Dr Mahathir selepas ini lebih baik? Rekod beliau dalam memilih diketahui umum. Pak Lah tak boleh. Najib tak boleh. Yang seterusnya pun akan sama. Dan ketika itu, mereka pula akan memuji Najib ke langit jika Najib sudi bersamanya untuk menjatuhkan pilihan terbarunya.”

Itulah dilema hari ini.
Hillary mungkin bercakap semua perkara yang betul, tapi yang menang pada akhirnya ialah Trump walaupun majoriti berpendapat beliau seorang yang teruk.
Trump menang bukan kerana Trump hebat.
Trump menang kerana berjaya mendedahkan Hillary, seperti yang disifatkan Dr Mahathir sebagai sama-sama teruk, menyebabkan majoriti rakyat Amerika Syarikat memilih untuk tidak mengundi di pilihan raya.
Cuma bezanya, Amerika Syarikat tiada parti atau kuasa ketiga yang mempunyai cukup pengaruh dan undi untuk menentukan siapa yang bakal menang seperti di Malaysia.
Nak tak nak, ramai terpaksa mengakui keadaan politik negara dan pendekatan politik PAS sudah memposisikan mereka sebagai kuasa ketiga di negara ini. Dan kehadiran di Bersih mengukuhkan lagi keadaan ini.

4 ulasan:

  1. Masalahnya Pas tiada pemimpin yg berkredibiliti utk memimpin negara. Jgn sebut hj hadi. Nak tadbir t'ganu pun hancus. Begitu juga kedah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahadir dan muhyidin dianggap berjihad krn menegakkan kebenaran.

      Padam
  2. jika Mahathir dan Muhyiddin berubah dari yg salah kepada betul... salah kah guna konsep baru dlm hidup. perlukan prejudis sampai ke mati.. itulah budaya Islam

    BalasPadam
  3. Kalau ikutkan posting yang macam ini, sampai kiamat mak badak gelak besar dan Jibon terus bersha na,...na....na.... Kita kena ikut aturan perjalanan hidup kerana masa depan tidak siapa tahu..

    Apabila terpaksa segala jalan perlu dirintis untuk menegakkan keadilan yang hakiki walaupun bersama mereka yang bermusuh suatu waktu dahulu.

    Kata2 begini hanyalah modal si macai untuk mempertahankan tuan dedak kletokrat yang makin menjahanamkan masa depan Malaysia.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA