Ahad, 13 November 2016

Abaikan saja PAS, kata NGO kepada HARAPAN

Semua parti-parti pembangkang digesa untuk menghentikan usaha memikat bagi PAS setelah parti berteraskan Islam itu tidak menunjukkan sebarang komitmen untuk bersatu menukar kerajaan.
"Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu sedar Malaysia berada dalam keadaan yang 'bahaya' dari segi ekonomi, masyarakat serta politik dan suatu gerakan drastik perlu diambil untuk menggantikan parti pemerintah demi menyelamatkan negara ini.
"Bagi merealisasikan matlamat ini, gabungan pembangkang yang kuat diperlukan untuk menurunkan regim BN.
"Bagaimanapun, matlamat ini terjejas apabila terdapat pemimpin dalam HARAPAN dan rakan-rakannya yang masih menarik PAS ke dalam pakatan pembangkang.
"PAS dari semua tindakannya jelas menunjukkan tidak mempunyai komitmen untuk menerima jemputan HARAPAN ini dengan mengeluarkan pelbagai alasan dan syarat-syarat," kata NGO pro-HARAPAN dalam memorandum.
Gabungan yang terdiri daripada pertubuhan di peringkat akar umbi semalam menyerahkan memorandum kepada ketua-ketua parti komponen HARAPAN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Warisan Sabah semasa konvensyen pertama HARAPAN itu, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA