Selasa, 22 November 2016

64 kontrak Felda ditandatangani tanpa kebenaran

KUALA LUMPURI,– Jabatan Audit Negara mendedahkan kontrak perolehan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bernilai RM148.42 juta telah ditandatangi tanpa kebenaran yang sah.

Katanya, ia melibatkan sejumlah 64 kontrak untuk perolehan ‘light detection and ranging’ (LiDAR) yang didakwa ditandatangani oleh pengarah jabatan pengurusan tanah yang tidak mempunyai kuasa.
“Tiada penilaian terhadap prestasi kewangan telah dijalankan ke atas kontrak-kontrak ini – 16 kontrak bernilai RM11.4 juta pada tahun 2013 dan 48 kontrak bernilai RM38.72 juta pada 2014,” kata Laporan Audit Negara 2015 (Siri 2) yang dibentangkan di Parlimen, semalam.
Dalam pada itu, laporan itu mengatakan, pengumpulan data LiDAR oleh Bumitouch Sdn Bhd 2013-2015 telah dijalankan.
“Bayaran penuh daripada RM40.57 juta bagi 53 daripada 64 kontrak dengan Bumitouch telah dibuat walaupun serahan daripada LiDAR tidak diterima sepenuhnya.
“Kerja-kerja telah dimulakan antara 39 hingga 136 hari sebelum pelantikan kontraktor diluluskan untuk 45 daripada 64 kontrak LiDAR bernilai RM33.83 juta.
“Bagaimanapun, kerja-kerja tersebut dijalankan berdasarkan rangka kerja yang dimeterai oleh pengarah yang tidak diberi kuasa untuk menandatangani,” kata laporan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA