Selasa, 15 November 2016

50 laporan polis dibuat terhadap Jamal dan kumpulannya

Zuraidah  Kamaruddin  membuat laporan polis  bersama pimpinan AMK mahu polis mengambil tindakan terhadap Jamal Md Yunos.Zuraidah Kamaruddin membuat laporan polis bersama pimpinan AMK mahu polis mengambil tindakan terhadap Jamal Md Yunos.
Sebanyak 50 laporan polis dibuat terhadap tindakan kumpulan Gabungan NGO Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Jamal Md Yunus hari ini.
Laporan polis dibuat Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin di Ibu Pejabat Polis (IPD)  Ampang Jaya kerana tindakan Jamal yang kerap mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada beberapa pimpinan Bersih 5.
“Beliau serta kumpulan baju merah dilihat sudah berani melawan polis yang bertugas mengawal keselamatan orang awam.
“Tindakan beliau itu amat membimbangkan, kami mendesak  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan ke atas Jamal supaya perkara ini tidak terjadi kepada pihak lain. Tindakan Jamal itu juga boleh mencemarkan imej Negara,” katanya.
Zuraida turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada anggota polis IPD Ampang Jaya yang menjalankan tugas secara profesional.

“Anggota polis yang terlibat tidak memberi jalan kepada Jamal, kita lihat bagaimana Jamal menolak anggota polis ketika berada di pintu pusat membeli belah berkenaan.
“Saya turut membuat surat ucapan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias yang menjaga keselamatan saya serta anak buah saya bagi memastikan kami tidak dikasari oleh peserta baju merah,” katanya.
Selain Zuraida turut membuat laporan sama AMK Ampang, PKR Ampang dan Pejabat Ahli Parlimen Ampang termasuk tiga individu yang mendakwa telah dikasari oleh peserta baju merah pada Ahad lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA