Isnin, 28 November 2016

5 tahun lagi, bekas ahli Umno akan ‘kembali’ pada parti, kata Nazri

Menteri pelancongan dan kebudayaan berkata ini kerana apa pun boleh berlaku dalam politik Malaysia seperti hubungan baik Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang.
nazri-umno
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno meramalkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan kembali “berlari” untuk menyertai kembali parti Melayu itu dalam tempoh 5 ke 6 tahun lagi.
Datuk Seri Nazri Aziz berkata ini kerana apa pun boleh berlaku dalam politik Malaysia seperti yang dapat dilihat menerusi sorotan sejarahnya.
“Sebelum ini kita tak terbayang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan berpeluk dengan Lim Kit Siang daripada DAP. Dan semua drama itu.
“Di hujung jalan, dalam tempoh 5 hingga 6 tahun lagi, mereka (PPBM) mungkin peluk kami dan kembali pada Umno,” katanya kepada wartawan di Akademi Seni, Kebudayaan dan Warisan Negara hari ini.
Nazri yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan berkata akhirnya “parti tanpa prinsip” itu akan mengeluarkan resolusi untuk membubarkan parti mereka dan kembali menyertai Umno demi perpaduan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan terjadinya ahli Umno keluar beramai-ramai untuk menyertai PPBM yang diketuai Dr Mahathir, selepas perhimpunan agung Umno yang berlangsung esok.
“Bagi mereka yang atas pagar dan masih bersama Umno, maknanya mereka masih dengan Umno. Ikut sejarah, apa yang kita nampak parti serpihan tidak akan dapat setanding dengan Umno,” katanya, menambah keadaan seperti itu boleh diramal.
Nazri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas berkata dalam jangka panjang parti serpihan tidak pernah berjaya ia didorong perasaan dendam.
“Ia di mana orang yang marah tinggalkan Umno dan buat parti baharu untuk balas dendam.
“Saya tidak bimbang langsung fasal ini. Mereka patut belajar daripada pemimpin terdahulu yang mengkhianati Umno kerana marah tetapi usaha mereka akhirnya sia-sia,” katanya.
Sementara itu, ketika mengulas mengenai perhimpunan agung Umno tahun ini, Nazri berkata ia mungkin perjumpaan terakhir sebelum berdepan pilihan raya umum.

Sehubungan itu, katanya ahli Umno perlu mengamalkan perpaduan dan tidak menggunakan perhimpunan agung untuk berkempen demi kepentingan mereka.
“Bagi memenangi hati rakyat dan pilihan raya umum akan datang lebih penting berbanding fokus kepada pertandingan dalaman,” katanya.
Nazri berkata pilihan raya umum akan datang bakal menjadi pertandingan yang sukar untuk Barisan Nasional.
Pada 2015, Umno menangguhkan pemilihan partinya sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada Jun 2018.

1 ulasan:

  1. Nazri @ dickhead, 5 tahun lg hang pon dlmnjail bodoh...

    Kah kah kab

    Boleh kami kekah bini hang...

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA