Selasa, 8 November 2016

5 parti bergabung pertahan hak dan keistimewaan MP

Lima parti iaitu PKR, DAP dan Amanah bersama dengan Bersatu dan Warisan Sabah bergabung tenaga hari ini bagi mempertahankan hak dan keistimewaan ahli parlimen.
Pemimpin utama kelima-lima parti itu duduk di atas satu pentas di bangunan Parlimen bagi menyatakan sokongan itu.
Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Bersatu Tan Sri Muhyidin Yasin dan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafei Apdal duduk bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Antara yang hadir bagi memberikan sokongan mempertahankan hak dan keistimewaan MP.Antara yang hadir bagi memberikan sokongan mempertahankan hak dan keistimewaan MP.Turut hadir adalah ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tetapi dipercayai mewakili dirinya sahaja bukannya Pas.
Kedatangan Mahathir ke parlimen hari ini adalah buat pertama kalinya selepas 13 tahun melepaskan jawatan dalam kerajaan dan kini menyertai pembangkang.
"Persetujuan kami hari ini adalah lambang kesepakatan bersama untuk mempertahankan hak dan keistimewaan ahli parlimen untuk bertanya sebarang soalan," kata Datuk Dr Mujahid yang mewakili Amanah dalam majlis ini kepada Malaysia Dateline.
Beliau menegaskan, langkah Menteri Kewangan Kedua yang menjawab semua soalan mengenai 1MDB ketika penggulungan semalam membayangkan ia tidak salah sebagaimana yang diputuskan speaker sebelum ini.
Ketika ditanya kenapa Pas tidak hadir, Mujahid berkata, inilah kerugian besar Pas apabila tidak menganggap agenda sebegini adalah agenda bersama mereka.
"Ia menyebabkan parti itu terketepi dari arus politik utama negara," kata bekas AJK Pas Pusat itu.
Sidang hari ini diadakan ekoran tindakan speaker menyifatkan tindakan tiga bekas menteri kabinet membangkitkan isu 1MDB dan beberapa isu lain dalam parlimen adalah satu tindakan yang melanggar sumpah mereka sebagai menteri kabinet.
Ekoran itu, ketiga-tiga mereka disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan ada juga disiadat di bawah Akta Hasutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA