Ahad, 27 November 2016

250 ahli Umno Melaka keluar parti sertai Bersatu

250 ahli Umno Melaka keluar parti sertai Bersatu
Tun Mahathir dan Muhyiddin ketika merasmikan Bicara Rakyat Melaka Bersatu sambil diperhatikan Pengerusi Bersatu Melaka, Mohd Redzuan Yusof (kiri).
MELAKA TENGAH - Seramai 250 ahli Umno Melaka termasuk pemimpin cawangan umum keluar parti itu dalam program Bicara Rakyat Melaka Bersatu di Kampung Krubong Tengah, Krubong, di sini, semalam.
Kesemua individu itu kemudian mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penyerahan itu disaksikan hampir 2,000 penyokong pada program yang turut dihadiri bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hadir sama Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek dan beberapa pemimpin parti pembangkang yang turut menyampaikan ucapan.
Program tersebut diadakan dalam suasana tenang dan aman meskipun Bersatu mendakwa terdapat Program Krubong Berselawat anjuran Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dalam jarak kurang 300 meter.

1 ulasan:

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA