Rabu, 9 November 2016

22 dasar baharu Pakatan Harapan belum dibincang


Konvensyen Pakatan Harapan Perak di Ipoh Ahad lalu.Konvensyen Pakatan Harapan Perak di Ipoh Ahad lalu.
Parti Amanah Negara Perak menjelaskan kenyataan bersama yang dikeluarkan atas nama Pakatan Harapan Negeri Perak oleh Pengerusi DAP negeri sebenarnya masih belum dibincangkan di dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Harapan negeri dan hanya bersifat pandangan sebelah pihak.
Menurut Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi, butiran 22 perkara yang terkandung dalam 'kenyataan bersama' itu sebenarnya adalah cadangan-cadangan yang dilontarkan Pengerusi DAP negeri Nga Kor Meng ketika berucap di Konvensyen Pakatan Harapan Perak di Ipoh, 6 November lalu.
"Amanah Perak ingin menegaskan bahawa pandangan tersebut adalah merupakan cadangan atau pandangan peribadi beliau (Kor Meng) semata-mata dan mengharapkan ianya mesti di bawa ke dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Harapan Perak terlebih dahulu untuk diperhalusi dengan lebih teliti dan disepakati bersama demi kebaikan rakyat Perak seluruhnya," kenyataan media Asmuni dipetik.
Sebuah akhbar harian tempatan hari ini menyiarkan laporan berhubung 22 dasar baharu Pakatan Harapan yang didakwa diputuskan dalam Konvensyen Pakatan Harapan negeri.
Ini termasuk isu membabitkan tanah rizab Melayu dan taraf Bumiputera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA