Rabu, 23 November 2016

2 Hadiah Buat Ahli Ahli Umno

Oleh  HASANUDDIN MOHD YUNUS

Satu kejadian sedih telah berlaku di Parlimen Malaysia; apabila YB Dato' Sri Tajuddin Bin Abdul Rahman Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memperolok-olokkan nama salah seorang dari 222 Wakil Rakyat.

Ramai yang tertanya adakah ini melambangkan hati budi seorang Melayu yang beragama Islam?

Tidak pasti adakah ini juga hati budi orang UMNO kerana beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Bendahari UMNO Perak malah Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula.

Saya hadiahkan petikan sepotong ayat al-Quran dan sebuah hadis Nabi S.A.W untuk seluruh orang Melayu yang beragama Islam khususnya seluruh ahli-ahli UMNO.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) barangkali puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) barangkali puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka..." (Al-Hujurat 11)

"الكِبْر بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ"

Takabur itu ialah menentang perkara hak dan meremeh dan menghina orang lain. (Shohih Muslim)

Renung-renungkanlah, mantan Perdana Menteri yang juga mantan Presiden UMNO Tun Dr Mahathir, 2 mantan Timbalan Perdana Menteri yang pernah berjasa sebagai Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tidak bersama dengan UMNO.

Ini semua kerana UMNO hari ini telah jauh dari prinsip perjuangan yang asal dan telah tiada akhlak mulia seperti zaman permulaan UMNO dahulu.

Bagaimana kita ingin menunjukkan keindahan Islam kepada rakan-rakan bukan Islam apabila kita mengizinkan pemimpin UMNO berjawat Timbalan Menteri menghina nama indah seseorang  di Dewan Rakyat di hadapan para Menteri,  di majlis rasmi negara disaksikan seluruh wartawan dan kini videonya ditonton oleh anak-anak muda kita.


Teman-teman bukan Islam kecewa melihat tingkah laku Timbalan Menteri yang mengaku Islam, tetapi menghina nama seseorang.

Bukankah nama seseorang itu adalah kemuliaan dan kebangaan dirinya.

Nabi Muhammad S.A.W sendiri meminta kita untuk memanggil seseorang dengan nama yang paling disenangi olehnya.

Wakil Rakyat yang diolok-olokkan itu pula seorang wanita dan ada unsur penghinaan kepada seluruh kaum wanita di negara ini.

Saya menyeru kepada seluruh anak muda dan kaum wanita untuk bangkit mengutuk perbuatan memalukan oleh Timbalan Menteri UMNO ini.

Dia telah memalukan Islam, memalukan orang Melayu, membuat anak muda meluat dan mengolok-olokkan kaum wanita.

Ayuh! Ahli-Ahli UMNO tinggalkan UMNO yang telah rosak dan merosakkan itu.

Ayuh! Bersama perubahan yang indah dan bersifat RAHMATAN LIL ALAMAIN.

2 ulasan:

  1. Semua wanita,termasuk puteri umno dan wanita umno dan tak lupa jg makcik2 felda, mesti mengutuk jantan sial ni secara terbuka

    BalasPadam
  2. Tajudin Bin Abodoh Rahman

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA