Sabtu, 12 November 2016

1,000 DIJANGKA HADIR KONVENSYEN SULUNG PAKATAN HARAPAN

  SHAH ALAM – Pakatan Harapan akan menganjurkan konvensyennya buat pertama kali pada Sabtu ini.
Bertempat di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, konvensyen itu bertujuan membincangkan penubuhan gabungan pembangkang yang lebih besar dan kuat.
“Konvensyen Pakatan Harapan pertama kali diadakan ini akan berlangsung pada 12 November dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Matlamatnya adalah mewujudkan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang melawan BN dalam PRU14.
“Konvensyen akan dihadiri 1,000 anggota daripada ketiga-tiga parti Pakatan Harapan (PKR, DAP dan Parti Amanah Negara) dan tetamu undangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Antara yang akan hadir pada perbahasan dalam konvensyen itu termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Muhamad Sabu.
Difahamkan, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Tan Sri Muhyiddin Yasin juga akan memberikan ucapan pada konvensyen tersebut.
Menurut Saifuddin lagi, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad akan turut menyampaikan Pidato Khas di konvensyen itu nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA