Jumaat, 18 November 2016

10 tips keselamatan sempena himpunan Bersih 5


Lima tuntutan Bersih 5
Sempena perhimpunan Bersih 5 yang bakal berlangsung di ibu negara esok, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2 telah mengeluarkan 10 tips keselamatan bagi panduan orang ramai.
Tips keselamatan itu dikeluarkan sebagai panduan kepada peserta perhimpunan untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar dan selamat.
Berikut adalah tips keselamatan perhimpunan Bersih 5:
1.  Jauhkan diri daripada provokasi (walaupun mereka memakai baju-T kuning) dan biar aasukan keselamatan Bersih mengendalikan keadaan. Elakkan konfrontasi secara langsung. Mereka akan diserahkan kepada pihak polis. Bentuk satu bulatan di sekeliling mereka dan merakamkan tindakan mereka menggunakan video dan/atau kamera.
2.  Kita berada di sana untuk perhimpunan aman. Tiada senjata harus dibawa dan jangan merosakkan harta benda. Sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan tersebut akan diserahkan kepada pihak polis.
3.  Sentiasa ikuti arahan sukarelawan keselamatan yang diberi kuasa oleh pihak Bersih. Mereka akan memakai baju-T keselamatan berwarna unggu dengan tag. Jika ragu-ragu, hubungi sukarelawan keselamatan yang lain untuk mengesahkan identiti mereka.
4.  Sekiranya pihak polis menembak pelet semburan lada terhadap peserta, berpaling ke belakang dan bergerak ke tempat lain. Jangan panik dan ikut arahan Pasukan Keselamatan Bersih.
5.  Kita juga mempunyai plakad (placard) yang jelas yang bertulis "Undur", "Senyap" dan lain-lain. Plakad ini akan digunakan oleh Pihak Keselamatan Bersih untuk komunikasi.
6.  Masa perhimpunan pada 19 November adalah dari 10 pagi hingga 6 petang. Berkumpul di tempat yang ditetapkan pada jam 10 pagi atau di mana-mana yang terdapat ramai penyokong Bersih. Sila bersurai secara teratur selepas jam 6 petang. Tempat perhimpunan adalah LRT Bangsar (Dataran Maybank) dan Masjid Negara.
7.  Dalam situasi kecemasan, pasukan keselamatan kita akan menggerakkan anda ke KLCC, KL Sentral dan LRT Bangsar.
8.  Peserta dinasihati jangan mengambil apa-apa minuman atau makanan yang ditinggal di tepi jalan. Ini adalah untuk mengelakkan dari berlaku situasi-situasi  keracunan makanan/minuman oleh pihak yang berniat jahat.

9.  Kita juga mempunyai pemerhati bebas tempatan dan antarabangsa yang akan memantau perhimpunan Bersih 5. Pasukan pegawai perubatan dengan 140 profesional perubatan dan 6 ambulan juga bersedia untuk membantu dalam kecemasan. Dalam kes tangkapan, SMS nama penuh dan nombor IC anda kepada Pasukan Penangkapan Segera kami di 011-21376814 atau 011-39376684.
10.  Muat turun aplikasi Prime, aplikasi rasmi kami di telefon anda untuk mendapatkan informasi terkini dan arahan rasmi. Ia boleh dimuat turun secara percuma bagi Android dan iOS. Ikuti kami di Facebook (www.facebook.com/BERSIH2.0OFFICIAL), Twitter (www.twitter.com/bersih2) dan Instagram (www.instagram.com/bersih2). Jangan mempeduli berita yang bukan daripada saluran rasmi kami.
Sebagai penganjur perhimpunan, Bersih 2.0 akan sentiasa berusaha untuk bekerjasama rapat dengan pihak polis untuk memastikan perhimpunan berjalan secara teratur dan aman.
Kami telah membentuk pasukan keselamatan Bersih yang mempunyai 1,400 petugas untuk membantu dalam kawalan trafik, kawalan orang ramai, menghentikan provokasi dan mencegah perbuatan jenayah. Mereka akan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis untuk menjalankan tugas-tugas ini.
SATUKAN TENAGA, MALAYSIA BARU.
Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA