Isnin, 31 Oktober 2016

Zaid gesa Uthaya, Waytha bersatu bentuk parti politik

Bekas menteri undang-undang berharap pengasas Hindraf kembali bersatu demi golongan miskin.
Zaid-IbrahimKUALA LUMPUR: Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menggesa adik beradik, Waythamoorthy dan Uthayakumar, bergabung dan memulakan sebuah parti politik.
“Tiada yang lebih baik daripada Hindraf untuk membantu hapus keistimewaan orang kaya dan rasuah,” katanya.
Beliau mengimbas pada 2007 apabila Hindraf turun ke jalanan pada 25 November. “Mereka tegas, tidak takut, tetapi ia semua sia-sia.”
Hindraf boleh melakukannya sekali lagi dan kali ini dengan kejayaan, kata beliau dalam entri blog terbarunya.
“Pemimpinnya tidak akan dapat mewakili golongan miskin India kecuali mereka dipilih.”
Beliau mengingatkan adik-beradik itu terhadap pendapat yang menyangka berpeluang mendapat kerusi dalam pilihan raya akan datang hanya dengan membuat pengumuman menawarkan sokongan tanpa syarat kepada pembangkang.
Zaid percaya Uthaya tidak akan terus hilang dan tenggelam. “Tidak kira berapa keras lawan politiknya mencuba, mereka tidak akan dapat untuk melumpuhkan beliau,” katanya. “Uthaya adalah seorang lelaki yang berani dan percaya pada perjuangan beliau.”
“Beliau akan berjaya, suatu hari nanti.”
Zaid, dalam kenyataannya itu mengakui dia tidak pernah bertemu Uthaya.
Bagaimanapun katanya, beliau dapat merasakan keikhlasan dan komitmen beliau berjuang untuk mereka yang miskin dan melarat.
“Beliau membayar harga yang tinggi terhadap perjuangan beliau,” kata Zaid. “Saya pasti beliau masih komited.”
Zaid mendedahkan beliau bertemu Waytha, yang juga seorang peguam seperti Uthaya, beberapa kali.
“Beliau juga adalah pemimpin Hindraf yang komited,” katanya. “Saya berharap hubungannya dengan abangnya semakin baik sejak beberapa tahun ini.”
Waytha melakukan kesilapan apabila beliau percaya Najib akan menjaga masyarakat kebajikan masyarakat India, kata Zaid. “Najib akan melakukan secukupnya untuk MIC, mungkin.”
“Beliau tidak akan memelihara orang miskin sama ada mereka India atau apa sahaja bangsa.”

Beliau mengakui Waytha menebus kesilapannya dengan meletak jawatan sebagai timbalan menteri.
Mengulangi seruan agar adik-beradik itu bersatu dan mulakan sebuah parti politik, Zaid mengingatkan bagaimana Umno memecahbelahkan Hindraf.
“Uthaya dihantar ke penjara,” kata beliau. “Waytha dilantik sebagai timbalan menteri.”
Pemimpin Hindraf lain sanggup meninggalkan perjuangan mereka dan bersikap apologis terhadap Najib, keluh Zaid.
Sebaik-baiknya, ujar Zaid, para pemimpin India dalam PKR dan DAP perlu menghulurkan tangan persahabatan kepada Hindraf.
“Mereka perlu merancang pelan lebih tersusun yang berkesan,” katanya. “Ini akan mengoptimumkan peluang pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).”
Zaid percaya Hindraf tidak akan menjadi lebih ekstrem berbanding Umno dan kumpulan Baju Merah.
“Hindraf komited terhadap kepercayaannya yang masyarakat India memerlukan bantuan segera,” katanya. “Ia bukan sesuatu yang melampau kerana percaya kepada sesuatu yang baik untuk negara ini.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA