Sabtu, 22 Oktober 2016

Zaid dakwa Najib guna ucapan Bajet pikat ahli PAS, Umno

Zaid berkata, ucapan Bajet 2017 yang disampaikan Najib semuanya mengenai politik.
Zaid-IbrahimPETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim mendakwa perdana menteri menggunakan ucapan Bajet 2017 untuk merayu ahli Umno dan PAS menyokong beliau.
“Semuanya politik,” kata Zaid sebagai mengulas tindakan Datuk Seri Najib Razak memberi penghormatan kepada bekas veteran Umno, Tan Sri Abdul Aziz Tapa dan bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din.
Bekas menteri Umno itu berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan Najib.
“Beliau bukan menteri kewangan biasa.”
Ketika mempersoalkan mengapa Najib tidak menyebut bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Zaid berkata, jawapannya jelas.
“Sebab Nik Aziz tidak pernah menyokong beliau.”
Seorang lagi pengkritik Najib, Art Harun melalui Twitternya hairan mengapa Najib menyebut nama orang meninggal dunia dalam ucapannya yang sepatutnya ditumpukan kepada belanjawan negara.
“Mengapa seseorang perlu memperingati orang yang sudah meninggal ketika membentangkan bajet negara adalah di luar kawalan saya.
“Saya tidak pernah mendengar begitu banyak bahasa berbelit politik yang tiada makna dalam hidup saya.”
Najib dalam ucapannya berkata, ketika negara berusaha mencapai kejayaan melalui saat gembira dan sedih, ia tidak pernah melupakan pemimpin teladan yang memberi inspirasi kepada rakyat serta negara.

Najib kata, Haron amat dihormati atas sumbangannya kepada ummah, oleh itu kerajaan memberi Anugerah Khas Maal Hijrah 2016 kepada beliau.
Beliau berkata, amat mendukacitakan terdapat pihak tertentu yang membenci atau menghina beliau secara terbuka.
Haron, 76, meninggal dunia pada 16 September lalu di Hospital University di California, Amerika Syarikat kerana komplikasi jantung.
Abdul Aziz yang meninggal dunia pada 4 Oktober lalu pada usia 93 tahun, diingati dengan ucapan berpantunnya di perhimpunan agung Umno.
Beliau antara ahli yang terawal menyertai Umno pada 1946, selain pernah dilantik sebagai senator dan adun di Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA