Khamis, 27 Oktober 2016

Wikileaks dedah lobi anti-Najib Soros di Washington

E-mel terkini yang diselongkar oleh Wikileaks mendedahkan terdapat usaha untuk melobi pentadbiran Amerika Syarikat supaya menjauhkan diri mereka daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Ini didedahkan dalam pertukaran e-mel antara jurucakap Soros Fund Management (SFM) Michael Vachon dan pengerusi kempen calon presiden 2016, Hillary Clinton iaitu John Podesta.
Perbualan antara Podesta dan Vachon berkisar pada memo yang ditulis oleh felo Open Society Global, John Pang, yang antara lain menggesa pentadbiran Amerika untuk "menjarakkan diri" daripada Najib.
Dalam e-mel 6 Mac dengan tajuk "Memo John Pang", Vachon memberitahu Podesta: "Dan saya fikir George akan mahu bercakap tentang perkara ini, antara lain".

Adalah dipercayai bahawa beliau merujuk kepada jutawan dan penderma kempen Clinton, George Soros.
Vachon dikatakan berhubungan dengan Podesta untuk mengaturkan sebuah mesyuarat, yang juga akan dihadiri oleh anak Soros iaitu Alex.
Podesta kemudian menghantar e-mel 6 Mac itu kepada seorang kakitangan pejabat Clinton iaitu Milia Fisher pada hari yang sama.
E-mel berkenaan diterbitkan oleh Wikileaks Ahad lalu.
Malaysiakini telah menghubungi Vachon dan Pang untuk mendapatkan ulasan mereka.
Memo Pang tang bertajuk "The TPP and Malaysia's Corruption Crisis" menggesa pentadbiran presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama supaya menjauhkan diri daripada Najib.

"Kerajaan perlu mempertimbangkan sebuah rancangan untuk menjauhkan diri daripada Najib.
"Skandal terbuka yang menyelubungi Najib kini di luar kawalan dan kedudukannya tidak dapat dipertahankan lagi," petik memo itu.
Pang adalah juga felo kanan di Rajaratnam School of International Studies. Pengkhususannya adalah mengenai isu-isu strategik dan keselamatan serantau.
Memo itu juga mendesak Amerika Syarikat untuk menuntut pembebasan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berada di penjara kerana kesalahan meliwat.
"Pada mesyuarat tertutup dengan Najib di Kuala Lumpur pada bulan November 2015, presiden dengan tegas meminta Anwar dibebaskan atas alasan kesihatan dan bagi mendapatkan rawatan perubatan di Washington.
"Najib tidak mematuhinya. Ini diketahui umum di Malaysia dan terus tidak dipatuhi .
"Permintaan itu kini perlu disampaikan dengan cara lebih tegas," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA