Rabu, 26 Oktober 2016

‘Usul 355 tidak ada kaitan dengan bukan Islam’ - Hadi

Abdul Hadi Awang KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kesal apabila Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 dihentam dan dikritik pelbagai pihak terutama bukan Islam.
Menurut Abdul Hadi ketika menyampaikan ucap bahas mengenai RUU tersebut di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini, semua pihak sepatutnya menerima perkara termaktub dalam Perlembagaan negara ini.
Difahamkan, perkara itu termasuk Jadual 9 yang berkait dengan urusan agama Islam di peringkat negeri adalah undang-undang membabitkan penganut agama Islam sahaja.
"Usul yang saya mahu bangkitkan adalah berkenaan bidang kuasa Mahkamah Syariah berkaitan penganut Islam, tiada kaitan dengan bukan Islam.
"Apabila saya bangkitkan usul ini, mengapa timbul salah faham antara satu sama lain. Kita mahu perkara berkaitan penganut Islam diberi kepada orang Islam, sama ada di peringkat kerajaan atau pembangkang.
"Tidak sepatutnya timbul isu yang boleh menyebabkan ketegangan, malah media juga boleh berperanan dengan baik dan sihat untuk melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu padu," katanya ketika membahaskan RUU itu di sini, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA