Khamis, 27 Oktober 2016

Ucapan Bajet 2017: Menuju ekonomi era baru negara

Oleh DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA
Muqaddimah
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ ( Ali Imran: 159)
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.


It was by the mercy of Allah that thou wast lenient with them (O Muhammad), for if thou hadst been stern and fierce of heart they would have dispersed from round about thee. So pardon them and ask forgiveness for them and consult with them upon the conduct of affairs. And when thou art resolved, then put thy trust in Allah. Lo! Allah loveth those who put their trust (in Him).)
[The Meaning of the Glorious Quran]
Suasana manusia yang mahukan sebuah negara yang dapat memberikan kepadanya rasa belas dan rahmat serta bebas adalah idaman seluruh warganegara. Namun ada juga pemimpin negara yang merasakan dirinya mula terancam apabila teguran kepada kefasadan politik seprti rasuah dan penindasan disambut dengan tindakan ala kukubesi bertopengkan undang-undang dan kuasa yang ada. Saat itu sesebuah negara akan menuju kehancuran:
"When the law no longer protects you from the corrupt but protects the corrupt from you, you know your nation is doom" ( Ayn Rand)
Perkara asas menuntut jawapan spt skandal 1MDB, jumlah besar wang 2.6B dalam akaun Perdana Menteri dll dibalas dengan berbagai helah yang tidak menjawab hatta perkara asas seperti menyiasat dan membawa ke pihak pengadilan mereka yang terlibat. Malah bertanyakan soalan ini satu kesalahan sehingga ada yang dipecat dari jawatannya kerana soalan yang menggamit kepentingan negara dan maruah negara.
MELUSURI DASAR EKONOMI NEGARA
Dasar ekonomi negara bermula era post-kemerdekaan dalam inisiden perkauman yang memberi peluang kepada lahirnya Dasar Ekonomi Baru atau DEB bermula 1971-1990. Tujuannya jelas sebagai usaha untuk menghapuskan kemiskinan dan menstruktur semula masyarakat. Satu pendekatan ekonomi secara afirmatif (positive discrimination) dilaksanakan dengan merujuk kepada kaum Melayu yang perlu diberi perhatian kerana ketinggalan dalam struktur masyarakat dari sudut kekayaan dan pemilikan.
Dasar pendidikan mengutamakan anak Melayu memberi tempat kepada mereka di universiti awam dan luar negara dengan biasiswa penuh kerajaan supaya mereka dapat mengisi kekosongan kerja dalam sektor awam, meningkatkan pendapatan dan penglibatan sektor perniagaan lebih meluas.
POST DEB
1990 menyaksikan pendekatan baru ekonomi yang asasnya tidak lari dari tindakan affirmative dengan dasar baru seperti Dasar Pembangunan Negara (1991-2000), Dasar Wawasan Negara (2001-2010) dan terkini bagi mengejar W2020 sebagai negara maju iaitu Model Ekonomi Baru (2010-2020). Lanjutan dasar pro Bumi dan ethnic-centric ekonomi setelah 20 tahun ianya dikecualikan semasa DEB menuntut beberapa persoalan,
1. Apakah Dasar-dasar ini telah gagal sehingga ia terpaksa diteruskan dalam format affirmative dan Melayu-centric? ( lahir istilah ketuanan Melayu selepas DEB)
2. Apakah masalah hubungan antara kaum yang menjadi asas penstruktran semula masyarakat dapat diselesaikan? (kelompok nuansa rasis masih berleluasa mempertikaikan kaum lain atas asas bukan asal di Malaysia)
3. Adakah sasaran kepada orang Melayu tercapai dengan mereka mampu bersaing tanpa dasar affirmative?(amalan perlindungan politik, akses dan ugutan bahaya 'bangsa lain' masih lagi berligar dalam kelompok Melayu, diwajarkan persempedanan semula atas kaum dan momokan Dap anti Melayu dan golongan tertentu Liberal dsb)
IMPLIKASI DEB DAN DASAR AFFIRMATIVE

Bajet yang dikemukakan seharusnya melihat stuktur baru masyarakat dan perkembangan semasa di luar kawalan yang melahirkan pemikiran baru dalam rakyat menilai segala tindak-tanduk kepimpinan politik negara. DEB dan seumpamanya menilai masyarakat dalam kacamata kaum Melayu secara kelompok dan kemudian melahirkan Melayu yang tidak lagi homogenous dalam melihat keperluan kaumnya. Lahinya kelompok Melayu Bandar Menengah Pekerja, Melayu Bandar Menengah Profesional dan kelompok Teratas Melayu Korporat dan Melayu Luar Bandar. Tanpa disedari di kalangan Melayu berlaku jurang ketaksamaan yang tinggi iaitu 9.2x ganda antara 20% teratas dengan 20% terbawah (MAPEN II 2001).
Etnik Melayu tidak lagi berkongsi cita-cita politik yang sama malah kelahiran kepentingan silang kaum atas jurang dan masalah yang sama mencabar konsep ethno-centric ekonomi malah menuntut reformasi politik tanpa perkauman. Dasar affirmative menjadi semakin sukar untuk menyelesaikan masalah dengan berkembangnya pemikiran Reformasi dan peningkatan kesedaran sivil untuk membantah keadaan. Era Reformasi 1999-2013 membuktikan kesedaran kepada kaedah baru mentadbir negara dimana kaedah lama sudah dianggap tidak relevan lagi.
KITA BELUM SEDAR
Malangnya isu Melayu tidak dibawa dalam nada keperluan semasa apabila ada yang masih mengekalkan retorik Melayu bernuansakan rasis, beredarnya doktrin Melayu-Islam yang dogmatik malah kerajaan di bawnah UMNO pada masa negara ini memerlukan satu loncatan besar ke hadapan masih dalam nada perpaduan Melayu dan Islam yang pada hakikatnya hanyalah retorik politik tetapi tidak mendasari isu Melayu yang rasuah, kepimpinan politik Melayu yang dogmatik, menghukum orang yang berbeza pandangan dengannya serta mengheret negara daripada menumpukan keutamaan menyelematkan negara kepada isu yang bukan keutamaan.
Melayu harus melihat keperluan jurang intra kaumnya sendiri selain bersikap universal kepada keperluan kaum lain. Melayu yang bersikap adil tanpa mengira bangsa dan agama serta Melayu yang menghormati hak asasi manusia dan membela kebebasan melalui kerangka Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak tersebut. Seorang Melayu yang tidak diperlukan dalam suasana transformasi negara kita hari ini dan perkembangan dunia yang dinamik ialah Melayu Rasis, Melayu Dogmatik dan Melayu Melankolik yang tersekat dalam kegemilangan silam gagal menghayati realiti di hadapannya. Melayu yang kita mahu ialah Rakyat Malaysia yang mahu menamakan dirinya dan kaum lain sebagai Bangsa Malaysia, Anak Bangsa Negara. Malaysia sahajalah bumi kita, bumi semua kaum yang perlu pembelaan.
KEJELASAN PEMIMPIN TERDAHULU
Tun Dr Ismail menyebut:"...but unfortunately the Malays themselves have tended to give the impression consciously or unconsciously that it is a sign that the Malays are placed superior to other races in the country. The biggest mistake that the Malay made was to coin the term Bumiputra because the term tended to convey an entirely dufferent meaning to what was intended for the special position of the Malay" (Tun Dr Ismail Papers letters 23, Feb 1970)
Tun Ghazali Syafie menyebut: "The succesfull implementation of this plan say 20 yrs will create a Malysian society in which the races will be less identified with vocations and environment with social groups interacting amomg themselves in purposefull inter-relations...the emergence of new system values and norms providing for a new solidarity-based social behaviour and social order as a result of calculated and conscious plan" ( Tun Ghazali Syafie, August 1971).
CADANGAN EKONOMI HARAPAN BARU
Sistem ekonomi hari ini yang telah melahirkan keseluruhan bajet negara sejak merdeka tidak lagi relevan kerana beberapa sebab;
1. Tidak ada satu penilaian dan asesment resmi kesan kepada dasar affirmatif yang telah berlangsung sekian lama khususnya dalam melahirkan jurang ketidaksamaan antara kaum dan intra kaum.
2. Jurang hubungan antra kaum tidak menunjukkan lebih baik malah hakikat bahawa tindakan affirmatif masih diperlukan sendiri menunjukkan kegagalan integrasi ini selain dari insiden dan kenyataan perkauman yang membimbangkan.
3. Perkembangan baru dengan lahirnya desakan reformasi yang menuntut negara tanpa perkauman dan kerajaan yang bertanggungjawab dan Amanah menuntut cara berfikir dalam membuat dasar ekonomi negara berubah.
Oleh itu dicadangkan Asas Ekonomi Era Baru melalui kefahaman Maqasid Syariah iaitu;
1. Asas ekonomi melihat kepada keperluan universal dan manusiawi sekaligus mengubah kerangka ethno-centric yang selama ini menentukan dasar-dasar ekonomi negara. Kembali kepada Maqasid Syariah yang asasnya ialah manusiawi dalam perancangan dan cara berfikir.
2. Membentuk perundangan hak sivil bagi memacu Ekonomi Era Baru demi merancakkan persaingan jatidiri iaitu, Undang Undang Peluang Samarata dari sudut pekerjaan, Undang -Undang Jenayah Kebencian Kaum dan Agama serta Suruhanjaya Anti Diskriminasi. Hasrat Maqasid Syariah mencapai maksud keadilan dan samarata.
3. Merombak Dasar Perpaduan Negara membentuk entiti Bangsa Malaysia berasakan hak dalam perlembagaan dan bukan asas Ketuanan Bangsa atau konsep Bangsa Asing. Maqasid Syariah mencapai maksud Hak dalam kontrak kewarganegaraan.
Hanya dengan keberanian muhasabah kesilapan yang lalu dan berani mengambil risiko membetulinya agar menuju ke hadapan, rakyat Malaysia akan menikmati satu Era Baru Malaysia yang bebas perkauman dan bebas dari cengkaman agama yang sempit. Era Baru menjamin keperluan rakyat dalam kacamata universal yang buta warna dan memelihara maruah negara.
CADANGAN BAJET PAKATAN HARAPAN
Oleh itu bajet 2017 perlu terbina atas asas-asas ini maka dicadangkan teras bajet sebagai muqaddimah ke era baru seperti berikut
1. PEKERJAAN DAN GAJI melalui hak dan peluang sama rata, gaji minima 1500 dan kurang kebergantungan kepada pekerja asing. melalui kaedah levy 10% setiap tahun.
2. TADBIR URUS melalui ketelusan pentadbiran dan akaun negara dan mewujudkan sistem pengurusan rasuah piawaian BS 10500 dan ISO 37001.
3. Sabah dan Sarawak dan pembangunan luar bandar
4. Pembangunan Bandar melalui pengangkutan awam yang efisien dan murah, perumahan awam dan kesihatan awam.
Sekian ucapan bahas bajet 2017 saya, semoga Era Baru Malaysia menjadi kenyataan dan Malaysia terus makmur dan sejahtera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA