Jumaat, 28 Oktober 2016

TN50 helah Najib tutup kegagalan capai Wawasan 2020, kata Mukhriz


SHAH ALAM: Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam berkata pengumuman Transformasi Nasional 2050 (TN50) oleh perdana menteri ketika pembentangan Bajet 2017 merupakan helah bagi menutup kegagalan mencapai matlamat Wawasan 2020.
Bekas menteri besar Kedah yang kini naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata keadaan ekonomi dan sosial Malaysia hari ini jelas menunjukkan ia jauh daripada Wawasan 2020, visi status negara maju yang dipelopori bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad satu masa dulu.
mukhriz2“Jadi untuk mengalihkan perhatian kita daripada kegagalan itu, kerajaan umumkan TN50 yang tempohnya masih lama,” kata Mukhriz pada program di Shah Alam semalam.
Najib ketika pembentangan Bajet 2017 minggu lalu mengumumkan TN50 dan berkata “biarlah legasi lama berlalu pergi”, dipercayai merujuk kepada Wawasan 2020.
Mukhriz berkata, kerajaan sepatutnya cuba memenuhi sasaran Wawasan 2020 terlebih dahulu sebelum mengumumkan sebarang inisiatif baru.
“Yang kita nak tahu apakah usaha kita dalam 4 tahun ini (menjelang 2020), walaupun mungkin terlambat. Apakah yang boleh melonjak kedudukan ekonomi negara untuk memenuhi wawasan itu.
“Kalau sudah penuhi matlamat sedia ada, barulah boleh cerita wawasan baru. Ini tidak sepatutnya berlaku.”
Sebelum ini, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mempersoalkan pengumuman Najib itu yang disifatkannya sebagai satu penafian kepada dasar yang baik untuk masa depan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA