Ahad, 30 Oktober 2016

TAUTAN DR MAHATHIR, ANWAR PALING PELIK -UTUSAN

BERTAUTNYA kembali Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan seterunya yang dulu orang harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara kisah politik paling panas dan mengejutkan tahun ini.
Salah satu amalan tidak disenangi ramai kalangan pemimpin UMNO pada awal Dr. Mahathir, 91, naik sebagai Perdana Menteri pada awal 1980-an ialah apabila beliau membawa bersama Anwar ke dalam parti itu.
Anwar kemudian dan sete­rusnya ‘meloncat naik ke rumah tanpa melalui tangga dan pintu’. Kenaikannya dalam parti dan kerajaan begitu pantas sehingga ramai beranggapan dia dikehendaki pucuk pimpinan Dr. Mahathir secara terang-terangan.
Sejarah sedia ada menunjuk­kan bahawa UMNO jarang bergolak lantaran dasar, tetapi kerap goyang kerana pemim­pinnya. Anwar contohnya yang secara langsung tanpa tradisi, dilonjakkan sehingga naik ke mercu kedudukan tanpa melalui proses asuhan yang lazim­nya dilalui oleh pemimpin yang telah teruji.
Mereka yang dianggap tidak bertangga naik, berjenjang turun tidak mungkin kekal.
Dalam kes Anwar, 68, ini sudah terbukti apabila pada 1997, beliau memutuskan untuk ‘menibai’ ketua yang menatangnya bagaikan minyak penuh.
Perangai dan nafsu terpendamnya terserlah kepada pen­ge­­tahuan umum sehingga Dr. Mahathir terpaksa mengambil tindakan menyahkan beliau pada 2 September 1998 sebagai bakal pemimpin kerajaan dan parti.
Tetapi ‘politik tetap politik’.
Akhirnya pada 5 September lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas permusuhan selama 18 tahun tiga hari, bekas Perdana Menteri itu mela­kukan pertemuan dengan Anwar yang ‘ditibai’ teruk dalam siri empat pilihan raya umum lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA