Sabtu, 22 Oktober 2016

Tak murtad kalau tak undi BN, kata Ratu Naga


Syarul Ema Rena Abu SamaSyarul Ema Rena Abu SamaBlogger Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai “Ratu Naga” yang menyertai PKR hari ini menegaskan tidak murtad jika seseorang itu tidak mengundi BN.
Beliau yang mendakwa dianiaya Umno BN berkata, sudah tiba masanya beliau dan seluruh rakyat berkorban untuk mengalahkan BN dan menggantikan parti itu dengan parti yang lebih baik.

“Kalau dulu saya dan kita semua boleh berkorban demi pertahankan BN yang kita percaya bagus untuk rakyat tapi hakikat kini BN sedang aniaya kita, apa kata kita berkorban kalahkan BN yang suka aniaya kita ini dan gantikan yang lebih baik. Percaya pada balasan Tuhan, tak murtad kalau tak undi BN,” tulisnya di facebook selepas beberapa jam menyerahkan borang bagi menyertai PKR kepada ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Ema yang mula mendapat perhatian selepas berseteru dengan bekas anggota PKR Badrul Hisham Saharin atau CheGU Bard Jun lalu juga berkata, untuk melakukan sesuatu tidak memerlukan seseorang itu memegang apa-apa jawatan.

“Nak buat semua pekara tak perlu pegang apa-apa jawatan. Niat dah cukup, saya tak nampak salah jika golongan teraniaya diberi perhatian, seperti mana saya di anaiaya Umno,” katanya lagi.

Sebelum itu, dalam sidang media penyerahan borang itu, Ema berkata beliau menyertai PKR bagi menebus keterlanjurannya terhadap parti itu.

Ema berkata, beliau memilih PKR berbanding parti pembangkang yang lain kerana beliau melakukan banyak kesilapan terhadap parti itu.

“Bagi saya sama ada masuk parti PKR, DAP atau pembangkang tidak penting. Saya banyak kesalahan pada PKR, saya nak baiki ketelanjuran saya,” katanya.

Sementara itu, Zuraida menyifatkan tindakan Ema itu sebagai langkah positif untuk membantu sayap parti itu.

“Kepakarannya akan membantu kami. Mungkin cara dia sebelum ini sedikit negatif, tetapi saya yakin dia boleh memainkan peranan besar dalam meningkatkan martabat wanita dan kesedaran mengenai dasar untuk wanita,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.
Katanya, Ema boleh melatih Wanita PKR mengenai media sosial kerana beliau mahir menggunakannya.
“Saya harap ini aka menjadi era baharu untuk Wanita PKR dalam media sosial untuk memartabatkan wanita,” katanya.
Jun lalu, CheGU Bard mengaitkannya dengan pembelian pangkalan data nama yang digunakan untuk Deklarasi Rakyat.
Ekoran itu, Ema tampil bersumpah di hadapan Al-Quran bahawa beliau tidak terlibat menyalahgunakan nama untuk gerakan inisiatif mendesak penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA