Ahad, 23 Oktober 2016

SPR dakwa parti politik punca daftar pengundi ‘bermasalah’

SPR hanya memberi kebenaran kepada NGO mendaftar pengundi baru dan bersedia bekerjasama menyediakan kemudahan tempat.
daftar-mengundi-spr-1
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menahan parti-parti politik daripada mendaftar pengundi pada 2013 kerana terdapat “banyak masalah”, menurut pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.
Beliau berkata suruhanjaya itu mengukuhkan pendirian itu pada September tahun lepas kerana masalah berkenaan tetapi tidak menyatakan apakah “masalah” yang dimaksudkan.
Sejak itu, hanya pertubuhan bukan kerajaan dibenarkan mendaftar pengundi baru. Kira-kira 4.2 juta orang masih belum didaftarkan.
“Sebagai contoh, Persatuan Silat mempunyai ramai ahli dan mereka bertanya jika boleh mendaftar pengundi baru dan kami kata okay. Kami juga akan membolehkan Persatuan Perahu Layar mendaftarkan pengundi baru tetapi bukan parti politik,” beliau dipetik sebagai berkata.
Keputusan SPR sering dikritik ahli politik. Pada Oktober tahun lepas, Kasturi Patto, ahli Parlimen Batu Kawan, mempersoalkan jika terdapat “tangan tersembunyi” di sebalik keputusan itu.
Hashim berkata, parti-parti politik yang berkecimpung dalam “perniagaan” politik banyak membantu meningkatkan jumlah. “Tetapi terdapat banyak masalah.”
Beliau berkata SPR bersedia menjalankan pendaftaran pengundi di mana-mana acara awam yang menarik orang ramai.

Penganjur hanya perlu memaklumkan kepada SPR mengenai tarikh, tempat dan bilangan orang yang dijangkakan dan “kami akan melakukan selebihnya”.
Hashim berkata, jumlah pendaftaran baru berkurangan sejak 120 setahun sejak pilihan raya umum 2013.
“Oleh kerana terdapat 4.2 juta pengundi yang layak, bilangan pengundi baru kelihatan agak suram,” katanya, sambil menambah ini adalah disebabkan kekurangan kesedaran.
Daripada 4.2 juta pengundi berdaftar, 1.8 juta atau 43% adalah Melayu.
Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 menuduh SPR sengaja memperlahankan pendaftaran pengundi dengan menggunakan proses yang rumit dan memberikan notis tidak mencukupi kepada orang ramai semasa ia membuka tempat pendaftaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA