Khamis, 27 Oktober 2016

Skandal 1MDB: Husni tanya soalan pernah dijawabnya sendiri

ANNUAR MUSAPersoalan yang dibangkitkan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (BN - Tambun) berkenaan 1MDB sebahagiannya telah dijawab Husni sendiri sewaktu menjadi Menteri Kewangan II, kata Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.
Annuar yang juga merupakan Ketua Penerangan Umno berkata, antara kenyataan beliau pada masa itu adalah “1MDB ditubuhkan dengan matlamat jelas iaitu melabur dan membangun projek dalam bentuk jangka panjang yang mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi dengan sasaran menjana kewangan dan kejayaan pada masa depan (20 Februari 2015)."
"Oleh itu, tiada fakta baru yang Datuk Seri Husni kemukakan. Malah persoalan lain yang beliau lontarkan adalah bersifat kebimbangannya di atas andaian pihak-pihak tertentu dan beliau ingin tahu apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan sekiranya ia menjadi kenyataan," katanya dalam satu kenyataan hari ini
Beliau berkata demikian bagi mengulas perbahasan Husni di Dewan Rakyat semalam yang melontarkan pelbagai persoalan mengenai 1MDB ketika beliau berucap membahaskan belanjawan 2017.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, bagaimanapun beliau yakin kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberi penjelasan kepada soalan yang dibangkitkan oleh Husni itu, walaupun beliau sebelum ini pernah menjawabnya sendiri.
"Kita harus ambil daripada sudut positif setiap perkara yang diutarakan.
"Isu 1MDB sememangnya sentiasa diberi perhatian serius kerajaan dan pelbagai langkah memperbaiki segala kelemahan sedang giat dilakukan oleh pelbagai pihak yang berwajib," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA