Selasa, 25 Oktober 2016

Shafie khuatir M’sia jadi Filipina tahun 70-an


Negara dikhuatiri terjebak dalam kancah huru-hara, tanpa penguatkuasaan undang-undang jika ekonomi disalah urus, ujar Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal.
Dalam ucapan perbahasan belanjawan, anggota Parlimen Semporna itu menekankan bagaimana Sabah dan Sarawak tidak meraih manfaat daripada kekayaan sumber aslinya.
Jelas beliau, ini terjadi kerana terdapat ramai pembodek yang mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi daripada hasil kekayaan negeri.
“Saya khuatir (keadaan ini akan) menyebabkan apa yang berlaku kepada negara-negara jiran kita seperti Filipina (tahun 1970-an).
“Ekonomi merudum, berlaku banyak kes-kes (jenayah) seperti kecurian, penculikan dan pembunuhan. Wujudnya pengangguran,” Shafie memberitahu Dewan Rakyat.
Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri termiskin di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA