Sabtu, 22 Oktober 2016

Sektor swasta kecewa dengan Bajet 2017, kata MTUC

Gopal berkata, Bajet 2017 kurang memfokuskan pembangunan sektor swasta.
N-Gopal-KishnamPETALING JAYA: Sektor swasta kecewa kerana kebanyakan manfaat dalam Bajet 2017 disalurkan kepada sektor awam, kata setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Gopal Kishnam berkata, mereka diabaikan kerana tiada “apa-apa untuk sektor swasta”, rujuknya kepada kekurangan elaun sara hidup (COLA) antara lain.
“Kami jangka kerajaan akan menasihatkan majikan sektor swasta untuk mempertimbangkan pemberian COLA kepada pekerjanya. RM300 sudah diberikan kepada penjawat awam.
“Kami jangka pelepasan cukai pendapatan yang berada pada 9% ketika ini, tetapi tiada apa-apa,” katanya kepada FMT.
Beliau juga kecewa dengan gaji minimum yang dilaksanakan baru-baru ini tidak diselaraskan antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
“Kami menjangkakan ia diseragamkan tahun ini. Ia adalah satu kekecewaan besar,” katanya.
Perintah Gaji Minimum 2016 yang dikuatkuasakan mulai 1 Julai lalu, menetapkan gaji minimum bulanan RM900 hingga RM1,000 untuk Semenanjung Malaysia serta RM800 hingga RM920 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan memuji tindakan kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk meningkatkan peluang graduan diambil bekerja dan memperluaskan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) kepada 20,000 graduan pada 2017, berbanding 15,000 graduan tahun lalu.
Bagaimanapun, beliau berkata, latiha itu perlu diberikan kepada majikan sektor swasta juga.
“Ia tidak patut dihadkan kepada GLC kerana keupayaan mereka melatih 20,000 graduan setahun mungkin dipersoalkan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA