Khamis, 20 Oktober 2016

Sedekad berlalu, masih tiada pengebumian buat Altantuya

Pelawat tidak dialu-alukan di dunia keluarga Dr Setev Shaariibuu di Ulaanbaatar, ibu negara Mongolia, yang satu ketika dahulu ceria.
Profesor yang berang itu terus bersedih dengan pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaariibuu, 28, oleh dua pegawai polis di Malaysia sedekad yang lalu tetapi sehingga kini belum diselesaikan.
Malah, saudara-mara juga tidak digalakan menjejakkan ke dapur di teratak itu bukan kerana ia sememangnya bocor dengan air yang menitis tetapi Setev menjelaskan bahawa isterinya mempunyai masalah jantung akibat tekanan akut.
Dia secara tiba-tiba boleh menjerit kepada mereka yang menceroboh rumah sewa mereka.
Mengikut cerita, dia begitu sedih, dengan kematian anaknya hingga menyebabkan dua cucu mereka kini yatim.
"Walaupun terdapat tingkap di rumah, namun kegelapan yang kami alami adalah di luar imaginasi," kata Setev.
"Kamu tidak akan melihat sebarang keindahan di sini. Hidup ini gelap-gelita... Pembunuh itu bukan sahaja merampas hidupnya, mereka memusnahkan seluruh keluarga... Mereka tidak perlu hidup dalam dunia yang penuh dengan air mata."
Dengan tangan tergenggam erat di meja, Setev yang adalah profesor dalam bidang Pengajian Filem seterusnya menjelaskan mengapa temu bual ini perlu dijalankan pejabatnya di universiti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA