Khamis, 20 Oktober 2016

Saya tunggu cabaran Zunar, kata KPN

Khalid berkata beliau tidak akan mendedahkan kepada umum punca Zunar dihalang ke luar negara memandangkan kartunis kontroversi itu ingin mencabarnya di mahkamah.
khalid_zunar_airport
KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beliau lebih gembira sekiranya kartunis kontroversi Zunar menghubunginya secara terus untuk mendapat penjelasan berhubung halangannya ke luar negara.
Jelas ketua polis negara (KPN) itu, memandangkan Zunar atau nama sebenar sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque akan mencabarnya di mahkamah, beliau tidak akan menjelaskan kepada umum sebaliknya menunggu untuk bersemuka di mahkamah.
“Saya sangat gembira untuk menjelaskan kepada beliau (Zunar) sekiranya beliau menghubungi saya, tetapi sekarang beliau akan mencabar saya di mahkamah, teruskanlah mencabar saya di mahkamah dan saya tidak akan menjelaskannya.
“Saya akan menunggu cabaran beliau. Saya tidak perlu memberi tahu dunia tentang justifikasinya (halangan ke luar negara),” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Perpustakaan Bestari, di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.
Isnin lalu, Zunar berkata beliau akan mencabar larangan keluar negara yang dikenakan ke atasnya, selepas mendapati arahan itu dikeluarkan KPN.
Beliau dihalang daripada menaiki penerbangan jam 3 petang ke Singapura pada Isnin di mana beliau dijadualkan untuk menghadiri suatu forum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA