Isnin, 24 Oktober 2016

'Saya dulu memang diktator, MT, kabinet semua dungu' - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab dakwaan bahawa beliau seorang diktator ketika menjadi perdana menteri keempat.
Bagaimanapun, beliau memberikan jawapan penuh sindiran tajam, seperti yang sering dilakukannya.

“Saya setuju sepenuhnya dengan apa yang orang kata pada saya.

“Sudah tentu saya jadi diktator selama 22 tahun, yang mahu orang lain setia secara mutlak pada saya.

“Majlis Tertinggi Umno dan kabinet agak dungu dan saya seorang saja yang bercakap. Mereka hanya angguk kepada dan kata ya,” sindirnya.
Beliau mengulas tulisan bekas timbalannya Tan Sri Musa Hitam dalam buku biografinya Frankly Speaking.
Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir juga membandingkan dirinya dengan diktator-diktator dunia seperti pemimpin Nazi Adolf Hitler, pemimpin fasis Itali Benito Mussolini dan pemimpin Kesatuan Soviet Joseph Stalin.
“Kebetulan saya hendak sebut bahawa semua diktator, Hitler, Mussolini dan Stalin, letak jawatan secara sukarela seperti saya.

“Misterinya bagaimana saya berjaya dipilih lima kali. Tetapi kini kita tahu bahawa perdana menteri yang dipilih juga boleh jadi diktator,” katanya.

Mahathir meletakkan jawatan pada 2003 dan memberi laluan kepada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau kemudian bertukar pendirian dan mengakui membuat pilihan salah.

Beliau terus lantang mempersoalkan pentadbiran perdana menteri sehingga sekarang, melibatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA